MENU BERPANTANG
Resepi Ikan Bilis Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan

Satu Genggam Ikan Bilis
2 inci halia - dihiris
2 ulas bawang putih- dihiris
1 ulas bawang merah
1 sudu besar biji lada hitam

Cara-cara memasak

Goreng ikan bilis menggunakan api sehingga garing. Guna api sederhana sahaja ye…
Setelah garing angkat dan sejukkan seketika.
Tumis seketika halia, bawang putih, bawang merah dan biji lada hitam. (xperlu sampai naik bau pun xpe)
Setelah tumis angkat dan sejukkan seketika
Tumbuk atau blender ikan bilis tersebut bersama halia, bawang putih, bawang merah dan biji lada hitam yang ditumis tadi. Kalau xnak tumis pun boleh… J

Fuhh!!!! Makan pula dengan nasi panas2….memang terangkat..

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top