Hari ni nak cerita pasal perubatan atau pembedahan batin secara islam ni. Walaupun ada orang kata syirik tapi hakikatnya ianya telah membantu ramai pesakit di luar sana. Khamis lepas mak mentua saya disahkan ada batu karang. Sian tengok dia menderita sakit. So Jumaat tu pergi lah tempat ustaz Jamil yang terkenal dengan keistimewaannya dapat mengeluarkan batu karang kat Kampung Gangsa Melaka. Kol 6pagi da gerak. Tup2...tutup pulak....kihkih...

So ni saya bagi alamat Ustaz Jamil

Kampung Gangsa , Durian Tunggal Melaka
No Tel: 016-6166694
Pusat Rawatan dibuka setiap hari SABTU,AHAD, ISNIN & SELASA dari jam 6 pagi hingga 2 petang...



Hehe...patutla tutup.... So ari Sabtu ayah mentua dah gerak seawal 5 pagi untuk mendapatkan nombor giliran. Bila dapat no giliran cabut balik rumah dulu. Kalau tunggu kat sana alamat berjanggutlah. Ni keistimewaan orang melaka... Tengahari tu suami pun bawa lah mak mentua ke sana. So xde la lama tunggu coz da amik nombor giliran dulu. Ustaz Jamil dapat keluarkan 2 batu karang mak mentua saya. Kesan selepas perubatan tu mak mentua rasa letih & pedih2 sikit kat pinggang. Kira ok la tue dari rasa sakit operate. So alhamdulillah dia bertambah baik. Hopefully scan nanti dah xde la batu karang tu. Cuma nak bagitau kadang tu jangan ingat sekali kita pergi dah terus ok. Pengalaman dari sedara2 saya yang lain pernah berubat kat situ ada yang sampai 4 kali. Alhamdulillah selepas itu scan kat doktor dah xde da batu karang tu. Rasanya doktor2 kat melaka ni da x terperanjat lagi kot. hihi...

Selain perubatan ustaz jamil mengeluarkan batu karang dari hempedu atau buah pinggang pesakit, kat Melaka ni ada beberapa lagi tempat terkenal untuk mendapatkan perubatan secara batin ini..

Tempat kedua yang saya nak cerita ni dekat je dengan rumah saya. Ustaz Rahim namanya. Cara perubatan dia agak pelik. Kebiasaannya pesakit akan tidur selepas pembedahan ghaib. If pesakit xlarat nak datang bole telefon ustaz rahim ni. Pesakit akan disuruh berbaring di rumah selama 40minit so ustaz rahim akan menjalankan rawatan jarak jauh. Wallahualam... Dengar kata tempat rawatan ini dibuka setiap hari. So ni saya bagi details :

Ustaz Rahim
Pusat Rawatan Alternatif
Madrasah Anak-Anak Yatim
Darul Aitam, Kg. Bukit Pegoh
75460 Telok Mas, Melaka.

No hp : 016-6451080


Ok. cukup la tu walaupun ada banyak lagi. hehe...bole la bagi la 2...
Lagi satu urut daun kat Umbai Melaka. Ni pun dekat je dari rumah saya. Memang ramai pengunjung datang walaupun ada yang dari jauh.
Cara rawatan ni hanya menggunakan daun kelapa di mana pengamal perubatan akan urut pada daun kelapa ini sahaja tanpa perlu sentuhan ke badan pesakit. Wallahualam

Yang last saya nak kongsi ni pun memang sangat2 dekat iaitu Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah, Telok Mas Melaka. Ala....yang ni salah sorang pengamal perubatan nya adalah Asyraf Muslim... Woww!!!!

Setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan tentang perubatan secara batin di Melaka ini. Harap dapat membantu. Allah Maha Mengetahui.. Wallahualam....





Post a Comment Blogger Disqus

  1. Salam sis..blh x saya nk contact number org yg berurut pakai daun kelapa?? Nak bwk ayah yang ada masalah slip disk.. Tq..

    ReplyDelete
  2. boleh saya dapatkan no tel berurut pakai daun..terima kasih

    ReplyDelete

 
Top