Kebiasaannya kita boleh melaburkan wang dan masa untuk membuat pemeriksaan kereta mengikut tempoh yang ditetapkan. Jadi apa salahnya sekali sekala kita lakukan pula pemeriksaan terhadap tubuh untuk menentukan tahap kesihatan.
Kali ini saya ingin kongsikan 3 ujian yang wanita wajib ambil supaya kita boleh mengesan disamping dapat memperbaiki taraf kesihatan kita dari awal.
Ujian 1 : Berat Komprehensif dan Penilaian Lemak
Ada 7 ujian dalam satu bagi menentukan kesihatan anda secara menyeluruh.
* berat badan (body weight)
* indeks jisim badan (BMI)
* peratusan lemak badan (body fat percentage)
* umur badan (body age)
* metabolisme rehat (resting metabolism)
* lemak visceral (visceral fat)
* otot rangka (skeletal muscle)
Secara umumnya wanita sekurang-kurangnya harus memiliki hampir 30 peratus manakala lelaki pula perlu hampir kepada 35 peratus otot rangka. Jika peratusan adalah rendah inilah masanya anda meningkatkan jisim otot anda.
Ujian 2 : Tekanan Darah
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu wanita. Tekanan darah tinggi adalah penyumbang kepada penyakit ini.
Bacaan tekanan darah yang normal pada nilai 115/75 mm/Hg. Hipertensi berlaku apabila tekanan darah melebihi nilai 140/90 mm/Hg manakala pra-hipertensi adalah pada nilai di antara mereka.
Ujian 3 : Ujian Darah untuk Glukosa dan Kolestrol
Ianya dilakukan dengan mencucuk sedikit di jari anda & ianya tidak menyakitkan. Anda juga tidak perlu berpuasa dahulu sebelum melakukannya.
Jika tidak makan dalam tempoh beberapa jam, paras gula dalam darah anda haruslah berada di antara 70 mg/dl hingga 100 mg/dl. Bacaan 100 mg/dl hingga 125 mg/dl menunjukkan anda adalah pra-diabetik dan 126 mg/dl bermakna anda mengidap kencing manis.
Sila hubungi saya bagi mendapatkan supplemen shaklee yang sesuai jika ada diantara ujian yang diambil tidak menunjukkan jawapan yang baik atau untuk mengelakkannya di kemudian hari.
Fazliana Jamil
Shaklee ID : 881542
SMS/Whatsapp : 019-3311968
Emel : mamafisya@gmail.com
3 Ujian Wanita Wajib Ambil
Saya merupakan Pengedar Shaklee Melaka dan telah berjaya menjadi Master Coordinator dalam Shaklee Malaysia iaitu peringkat tertinggi dalam pangkat Shaklee. Berkelulusan Diploma Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Universiti Teknologi Mara Melaka.
Untuk sebarang pertanyaan/tempahan, sila hubungi saya melalui SMS/Whatapps di talian 019-331 1968
Untuk sebarang pertanyaan/tempahan, sila hubungi saya melalui SMS/Whatapps di talian 019-331 1968
Post a Comment Blogger Disqus