Bagaimana untuk merancang jantina anak??




Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X. 
 
Jadi jantina anak akan terbentuk bergantung kromosom mana yang bercantum.
 
X+Y (anak lelaki) 
X+X (anak perempuan).




Kenali ciri-ciri kromosom :






Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.




Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
 
Cara merancang anak lelaki
 
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 6 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.




Cara Merancang anak perempuan
 
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
 
 
Semua ini hanya usaha. Sesungguhnya Allah yang berkuasa ke atas sesuatu. In sha Allah dengan berkat pertolongan Nya..
 
 
 
 
 

Post a Comment Blogger Disqus

  1. pempuan ke laki ke.. tak kesah.. nak anak !!!.... hihihihi

    ReplyDelete

 
Top