Selsema burung (bird flu) – Risiko secara langsung kepada kesihatan kanak-kanak
Sumber : UNICEF Malaysia
![]() |
© UNICEF
Malaysia/2005/Nadchatram
|
Selsema burung kini telah pun membawa kesan kepada kehidupan dan juga sumber
pendapatan keluarga-keluarga dan juga kanak-kanak yang tinggal di tempat yang
telah tersebar virus tersebut. Virus burung tersebut kini telah membawa kesan
kepada kesihatan dan juga kehidupan kanak-kanak.
Sehingga kini, Kanak-kanak menyumbang separuh daripada laporan-laporan kes
yang melibatkan selsema burung dan juga menyumbang satu pertiga daripada
kematian yang disebabkan oleh selsema burung.
Walaupun tidak diketahui mengapa ramai kanak-kanak yang dijangkiti oleh virus
tersebut, satu kemungkinan disebabkan oleh kanak-kanak, lebih-lebih lagi
kanak-kanak perempuan selalunya yang menjaga binatang-binatang ternakan (ayam,
itik, dll) dengan memberi mereka makanan, membersihkan sangkar-sangkar dan juga
mengumpul telur-telur. Kanak-kanak juga selalu berada dekat dengan
binatang-binatang ternakan tersebut kerana mereka melayannya seperti binatang
peliharaan.
Sekiranya virus tersebut mengubahsuai kepada badan manusia maka ia akan mudah
disebar daripada seorang kepada seorang yang lain dan kemungkinan besar akan
berlaku penyebaran yang berleluasa di kalangan manusia yang akan membawa kesan
kepada setiap negara di seluruh dunia. Keselamatan kehidupan kanak-kanak dan
keluarga mereka akan diancam kerana pandemik yang akan berlaku boleh memberi
gangguan kepada setiap aspek kehidupan yang normal.
Faktor-faktor risiko sekunder terhadap kanak-kanak
Kesan-kesan yang membawa kepada kemusnahan terhadap kanak-kanak yang
disebabkan oleh selsema burung menjangkaui risiko kesihatan mereka. Penyebaran
selsema burung yang berleluasa di kalangan burung-burung peliharaan bermakna
keluarga-keluarga akan kehilangan sumber pendapatan dan makanan yang penting
untuk kehidupan mereka. Ini akan memberi kesan terhadap kesihatan kanak-kanak
dan pada masa yang sama memberi ancaman terhadap kanak-kanak untuk mendapatkan
pendidikan. Apabila sumber pendapatan menurun secara mendadak, keluarga-keluarga
kadangkala tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau
membayar perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang asas.
__________________________________________________________________________________
Cadangan supplemen shaklee yang membantu menguatkan sistem imun adalah NUTRIFERON
Selsema burung ni dah makin menjadi2 pulak...
ReplyDeletenak atau tak, kena sediakan payung sbelum hujan..nak kena kuatkan sistem imun anak2 dan diri
thanks berkongsi