Selsema burung (bird flu) – Risiko secara langsung kepada kesihatan kanak-kanak

Sumber : UNICEF Malaysia
 

© UNICEF Malaysia/2005/Nadchatram

Selsema burung kini telah pun membawa kesan kepada kehidupan dan juga sumber pendapatan keluarga-keluarga dan juga kanak-kanak yang tinggal di tempat yang telah tersebar virus tersebut. Virus burung tersebut kini telah membawa kesan kepada kesihatan dan juga kehidupan kanak-kanak.
Sehingga kini, Kanak-kanak menyumbang separuh daripada laporan-laporan kes yang melibatkan selsema burung dan juga menyumbang satu pertiga daripada kematian yang disebabkan oleh selsema burung.
Walaupun tidak diketahui mengapa ramai kanak-kanak yang dijangkiti oleh virus tersebut, satu kemungkinan disebabkan oleh kanak-kanak, lebih-lebih lagi kanak-kanak perempuan selalunya yang menjaga binatang-binatang ternakan (ayam, itik, dll) dengan memberi mereka makanan, membersihkan sangkar-sangkar dan juga mengumpul telur-telur. Kanak-kanak juga selalu berada dekat dengan binatang-binatang ternakan tersebut kerana mereka melayannya seperti binatang peliharaan.
Sekiranya virus tersebut mengubahsuai kepada badan manusia maka ia akan mudah disebar daripada seorang kepada seorang yang lain dan kemungkinan besar akan berlaku penyebaran yang berleluasa di kalangan manusia yang akan membawa kesan kepada setiap negara di seluruh dunia. Keselamatan kehidupan kanak-kanak dan keluarga mereka akan diancam kerana pandemik yang akan berlaku boleh memberi gangguan kepada setiap aspek kehidupan yang normal.
Faktor-faktor risiko sekunder terhadap kanak-kanak

Kesan-kesan yang membawa kepada kemusnahan terhadap kanak-kanak yang disebabkan oleh selsema burung menjangkaui risiko kesihatan mereka. Penyebaran selsema burung yang berleluasa di kalangan burung-burung peliharaan bermakna keluarga-keluarga akan kehilangan sumber pendapatan dan makanan yang penting untuk kehidupan mereka. Ini akan memberi kesan terhadap kesihatan kanak-kanak dan pada masa yang sama memberi ancaman terhadap kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan. Apabila sumber pendapatan menurun secara mendadak, keluarga-keluarga kadangkala tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau membayar perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang asas.
 
__________________________________________________________________________________
 
Cadangan supplemen shaklee yang membantu menguatkan sistem imun adalah NUTRIFERON

Post a Comment Blogger Disqus

  1. Selsema burung ni dah makin menjadi2 pulak...

    nak atau tak, kena sediakan payung sbelum hujan..nak kena kuatkan sistem imun anak2 dan diri

    thanks berkongsi

    ReplyDelete

 
Top