KENALI SISTEM IMUN
Hari ini saya ingin mengajak anda mengenali sistem
imun kita..
Sistem imun bertindak macam tentera dalam badan
kita. Tanpa mereka virus, bakteria,
parasit, toksin dan lain-lain patogen berbahaya boleh menyerang badan kita
akibatnya badan menjadi lemah dan sakit.
Sistem imun kita boleh mengesan pelbagai jenis patogen
berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.
Pertahanan kita yang pertama adalah KULIT. Tanpa kulit badan kita bukan sahaja terdedah kepada
toksin & macam2 lagi malah badan kita boleh hancur. Selain memberi
pertahanan fizikal ianya juga menyedikan pertahanan kimia kerana sifat
semulajadi kulit yang boleh mengeluarkan sebum anti bakteria. Ianya boleh
membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit dengan segera. Antara
sistem pertahanan semulajadi badan yang berada di ‘jalan masuk’ utama kuman
adalah hidung dan mulut. Mukus di dalam hidung mengandungi enzim lysozyme yang
boleh memecahkan dinding sel bakteria. Mulut pula mengandungi air liur yang
bersifat anti bakteria.
Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem
limpa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi dan hormon. Kesemuanya
mempunyai cara yang tersendiri yang kompleks dan canggih untuk melindungi badan
kita dari serangan virus.
Namun adakalanya ianya boleh ditembusi juga.. kita hanya manusia biasa yang tidak boleh
lepas dari penyakit. Sakit, demam, selsema sebenarnya akan meningkatkan lagi
sistem imuniti kita...
Mari dapatkan supplemen semulajadi NUTRIFERON sebagai penggalak sistem imun kita ini. Info lanjut ada di sini
Post a Comment Blogger Disqus