Sejak kebelakangan ini, saya berjumpa dengan ramai pelanggan yang mempunyai masalah hati berlemak. Ada diantara mereka yang berumur seawal 20 an. Sebelum saya senaraikan produk shaklee yang bersesuaian untuk mereka yang menghidapi hati berlemak ini mari kita kenali dulu penyakit ini dengan lebih dekat.
Hati berlemak

JIKA anda mengalami masalah obesiti, kemungkinan anda mendapat masalah hati berlemak adalah tinggi.
INI adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh obesiti dan
diabetes - hati berlemak. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut
berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah
tersebut.
Menurut Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr.
Ryan Ponnudurai, hati berlemak turut dikenali sebagai FLD, hepatosis
steatorea atau hepatitis steatosis.
Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar membran lemak tepu berkumpul di dalam sel hati melalui proses steatosis.
Hati berlemak terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu hati berlemak
biasa (steatosis), dan hati berlemak berkaitan dengan keradangan
(steatohepatitis).
"Secara asas, penyakit ini timbul akibat pengambilan alkohol terutama
di negara Barat. Namun, keadaan semakin berubah. Kini, kes berkaitan
hati berlemak tanpa kehadiran alkohol (NAFLD) semakin meningkat,"
ujarnya.
Perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan
ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.

GAMBARAN sebenar keadaan hati yang mempunyai lemak yang dilihat menerusi imbasan.
Tanpa simptom yang khusus, penyakit itu lazimnya menyerang mereka
yang berumur 40 tahun ke atas selain penghidap obesiti atau diabetes.
"Kebanyakan pesakit tidak menyedarinya. Disebabkan penyakit ini
berkaitan dengan sindrom metabolik (diabetes, tekanan melampau serta
obesiti), pemeriksaan biasa tidak mampu mengesan kehadiran lemak pada
hati.
"Hanya dengan melakukan ujian ultra bunyi dan diikuti biopsi pada
hati dapat mengesan kehadiran lemak," tegasnya yang turut menjelaskan
tiada satu kaedah rawatan bagi penyakit ini.
Menyerang wanita hamil
Tambahnya, progres steatohepatitis mampu menyebabkan fibrosis hati
dan sirosis. Akibatnya, ia meningkatkan risiko kematian terhadap
penghidapnya.
Selain itu, fibrosis atau sirosis di dalam hati dihadapi oleh antara
15 hingga 50 peratus pesakit hati berlemak tanpa alkohol steatohepatitis
(NASH).
![]() |
DR. RYAN PONNUDURAI
|
Ryan menegaskan, hanya dengan menjalani cara hidup yang sihat serta mengamalkan pemakanan yang teratur mampu mengelakkan penularan penyakit itu.
Ryan turut menjelaskan, penyakit hati berlemak itu juga merupakan punca kepada gagalnya pemindahan hati dilakukan.
"Sejak lima tahun lepas, kebanyakan pakar bedah mengalami masalah dalam melakukan pemindahan hati walaupun mempunyai ramai penderma.
"Sebabnya, apabila diperiksa keadaan hati penderma, ramai antara mereka tidak menyedari mempunyai hati berlemak," ungkapnya.
Ryan berkata, penyakit itu turut menyerang wanita hamil, terutama ketika kandungan berada di peringkat trisemester akhir.
Namun jelasnya, bagi wanita hamil, ia akan hilang selepas bersalin
sama seperti mereka mengalami darah tinggi dan kencing manis ketika
tempoh kehamilan.
Bukan itu saja, Ryan memberitahu bahawa penurunan berat badan secara
mendadak turut mengundang kepada kewujudan hati berlemak itu.
"Kerana risiko ini, mereka yang ingin mengurangkan berat badan disaran agar melakukannya secara berperingkat," tegasnya.
Post a Comment Blogger Disqus