Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan 1 daripada 3 penduduk dunia menghidap tekanan darah tinggi. Dianggarkan penyakit ini dihidapi oleh 1 daripada 3 orang dewasa yang berusia 25 tahun ke atas (atau kira-kira 1 bilion orang) di seluruh dunia dan telah menyebabkan hampir 9.4 juta kematian akibat serangan penyakit jantung dan strok pada setiap tahun, selain meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang dan juga menjadi penyebab buta.

Di negara ini, penemuan oleh Persatuan Hipertensi Malaysia menunjukkan hanya 40 peratus rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi didiagnosis secara tepat dengan penyakit itu. Ini kerana hipertensi atau darah tinggi kurang menunjukkan gejala mahupun mempunyai gejala kehadiran secara berterusan yang bermakna jumlah sebenar lebih tinggi daripada yang direkodkan.

JULAT TEKANAN DARAH YANG SIHAT
> Kurang daripada 120 sistolok, 80 diastolik

Seseorang itu perlu mengekalkan gaya hidup yang sihat dan menjalani pemeriksaan kesihatan 2 tahun sekali.

BERISIKO MENGALAMI HIPERTENSI
>130 sistolik, 85-89 diastolik

Seseorang itu perlu memulakan perubahan gaya hidup untuk mengelakkan hipertensi dan menjalani pemeriksaan kesihatan 1 tahun sekali.

TEKANAN DARAH TINGGI
>Lebih daripada 140 sistolik, 90 diastolik

Seseorang itu perlu berjumpa doktor dan berbincang dengan doktor cara terbaik untuk mengawal tekanan darah.


* Sistolik - bacaan tekanan di bahagian atas
* Diastolik - bacaan tekanan di bahagian bawah

Info : iSihat Jun 2013

Post a comment Blogger Disqus

 
Top