IBU PEJABAT SHAKLEE

IBU PEJABAT SHAKLEE DI PLESANTON, CALIFORNIA BUKAN SEKADAR PUSAT OPERASI, MALAH IA ADALAH SIMBOLIK KEPADA FALSAFAH YANG DIDOKONG OLEH SHAKLEE.

Ia direka bentuk oleh arkitek terbilang – Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap “Kehidupan harmoni bersama Alam Semulajadi”. Anda boleh menikmati pemandangan indah seperti bukit-bukau, langit, tumbuh-tumbuhan dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini. Reka bentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semula jadi oleh cahaya luar, serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.

Anda dijemput ke pejabat kami untuk menyaksikannya, dan di antara keunikannya seperti :
  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan
  • Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula
  • Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan kitar semula
  • Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanic yang terdapat di dalam produk-produk Shaklee
  • Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga
  • Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan
  • Penggunaan “Low-E glass” di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien 
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan  tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara
  • Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar
  • Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top