Sebagai umat Islam sudah tentunya kita terkesan dengan apa yang berlaku terhadap saudara sesama Islam kita di bumi Palestin.. Kalau kita lihat bukan hanya umat Islam tetapi majoriti penduduk negara lain berbilang bangsa dan agama juga TIDAK MENYOKONG perbuatan Israel ini.

Apa yang kita boleh lakukan selain dari berdoa & memberi sumbangan kepada Palestin dalam bentuk wang ringgit adalah melalui KEMPEN MEMBOIKOT PRODUK ISRAEL ini.. Adalah amat mustahil untuk kita memboikot semua produk Yahudi kerana ada juga Yahudi yang tidak menyokong perbuatan tidak berperikemanusiaan Israel ini.. Boikotlah produk yang menyumbang kepada dana Israel ini yang telah menyebabkan ratusan umat Islam di Palestin yang tidak bersalah telah terkorban. Sudah tentunya kempen boikot ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh dunia bukan hanya dalam kumpulan kecil sahaja kerana sekiranya ianya dilakukan oleh segelintir masyarakat ianya tidak akan membawa apa-apa kesan kepada ekonomi mereka.

Bagi yang masih tidak memahami Perbezaan Antara Yahudi, Israel dan Zionis bolehlah mendengar penerangan dan jelas dan terperinci di sini.


Senarai boikot barangan Israel ini boleh rujuk di link Inminds.com ini sebuah badan anti Israel di mana mereka telah menjalankan kajian dan hasilnya mereka telah menyenaraikan senarai produk & syarikat yang menyumbang kepada Israel ini.



Memang terdapat banyak syarikat dan produk yang tersenarai.. Kita boleh mulakan dengan memboikot Colgate, Starbucks, Coca-cola, Nestle dan McDonald's. Tepuk dada tanyalah iman anda. Anda sanggupkan untuk menyalurkan duit kepada mereka untuk membunuh rakyat di Palestin? Saya amat berharap kempen boikot ini bukanlah bermusim tetapi lakukan dengan berterusan. Banyak lagi alternative produk yang boleh kita pilih selain dari produk-produk ini.




Post a comment Blogger Disqus

 
Top