Kesan Buruk vs Krisis Pemulihan Set Kehamilan Shaklee


Hari ni saya nak kongsikan tentang Testimoni pelanggan saya yang Berjaya Hamil dengan Set Subur Shaklee..  Ceritanya bermula apabila beliau PM saya berminat nak mengetahui Set Kesuburan Shaklee pada tahun 2012. Selepas penerangan diberi beliau telah PM semula tak jadi beli sebab nak buat pemeriksaan doktor dahulu bersama suami.. alhamdulillah beliau punya semangat yang tinggi untuk mendapatkan zuriat..



Selepas membuat pemeriksaan doktor... hasil pemeriksaan mendapati tiada Cyst.. Fibroid.. cuma beliau menghadapi masalah Tiub Peranakan yang Tersumbat. Melalui pengalaman saya selama 3 tahun menjadi pengedar & pengguna Shaklee ini.. sekiranya pelanggan telah mebuat pemeriksaan terlebih dahulu lagi mudah untuk kami nak konsult kerana risiko jika tidak membuat pemeriksaan dahulu so kita tidak tahu apa masalah yang badan pelanggan telah simpan bertahun-tahun lamanya. Jadi pelanggan perlu bersedia menghadapi Krisis Pemulihan atau Healing Crisis dalam proses badan ingin kembali normal. Kemungkinan Cyst & Fibroid yang telah tersimpan lama di dalam badan akan dapat dikesan juga dengan pengambilan Vitamin Shaklee dalam proses pemulihan tersebut. Kalau pelanggan tidak aware dengan Krisis Pemulihan ini beliau akan mengatakan ianya Kesan Buruk dari Pengambilan Vitamin Shaklee...  

Berbalik kepada kes pelanggan saya tadi.. dalam tempoh setahun macam-macam krisis pemulihan yang beliau hadapi.. Antaranya beliau sakit senggugut yang teruk dan pening sampai hampir nak pitam.. Saya hanya suruh beliau kurangkan dos dan teruskan pengambilan. Sebelum ni pun beliau dah beberapa kali bagitau GLA Complex ni tak sesuai dengan beliau. Tapi saya tetap positif dan bagi semangat pada beliau untuk teruskan..





Beliau hampir-hampir putus semangat kerana setiap kali buat Ujian Kehamilan keputusannya negatif walaupun lama dah ambil Set Subur Shaklee ni...


Setelah lebih setahun ambil dan masih belum disahkan hamil.. ayat saya yang terakhir masa tu terpulanglah pada beliau nak teruskan atau tidak yang pastinya saya dah jalankan tanggungjawab saya untuk bagi penerangan yang jelas. Saya percaya beliau akan teruskan juga kerana jarang saya jumpa pelanggan yang betul-betul tabah macam beliau. 



Tup tup baru-baru ni beliau tunjukkan keputusan positif menggunakan alat ujian kehamilan ini... Alhamdulillah dalam hati saya dah terlalu gembira cuma saya nasihatkan beliau buat pemeriksaan doktor juga.



Disebabkan beliau masih ragu-ragu dengan keputusan ujian kehamilan kat atas ni.. saya nasihatkan dia beli alat ujian kehamilan yang canggih manggih sikit...  hihi...



Tu dia... ha clear dah... 


Keesokan harinya beliau pergi berjumpa doktor untuk buat pengesahan..



Alhamdulillah akhirnya pada bulan September 2014 beliau telah disahkan mengandung 3 minggu.... 



Saya percaya Set Subur Shaklee hanyalah penyebab untuk beliau berjaya hamil setelah berkahwin selama 4 tahun tetapi semuanya atas kekuasaan Allah juga. Semoga beliau dapat merasai kemanisan tempoh kehamilan sehingga selamat melahirkan anak kelak...  Buat pengetahuan semua beliau juga merupakan seorang OKU. Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah...  :')

Post a Comment Blogger Disqus

  1. ouuuhhh touching sungguh!!

    kagumnya dengan kesabaran beliau!

    ReplyDelete
  2. Tabahnya ara ni..sebab kebanyakan yg nak anak mudah putus asa, xnak teruskan. Tahniah ara :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah syukur rezeki Allah usaha yang berterusan walaupun kekadang datang masa2 putus semangat...ada yg memberi semangat akhirnya berjaya dengan izin-Nya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah rezeki Allah..tahniah ara dan mamafisya...pengalaman yang terindah dapat membantu insan yang bersungguh nak mendapat rezeki anakšŸ˜Š

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....
    Tq kak faz tetap bersabar dengan sikap ara ni x puas ati n hampir putus asa...skrg amek set hamil.xde alahan n x muntah.cuma lapar kuat makan n sentiasa bertenaga sepanjang masa...

    ReplyDelete
  6. waaaa..lama juga dia berusaha tu..jarang jumpa org sebegini

    ReplyDelete

 
Top