Melalui pengalaman di mana anakanda yang tersayang berumur 6 tahun disyaki mempunyai Apendiks memang merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..



Ceritanya bermula apabila si kakak mengalami cirit birit selama 2 malam berturut-turut. Saya tidak bawa dia ke klinik waktu itu kerana pada waktu siang kakak ok je tiada langsung cirit birit. Selepas malam ketiga kakak sudah betul-betul sembuh... tiada lagi sakit perut cirit birit.. alhamdulillah.. Jadi pada malam itu kami ke pusat membeli belah jusco. Selesai membeli belah kami pun turun untuk ke food court untuk makan malam. Sewaktu makan, kakak hanya menjamah sedikit dan menunjukkan tanda-tanda tidak selesa... Bila ditanya masih sakit perut lagi ke tak. Kakak menggelengkan kepala dan mengatakan tidak sakit.

Sewaktu dalam perjalanan pulang tiba-tiba kakak menangis katanya sakit perut. Saya terus minta suami berhentikan kereta sebab nak pergi pada kakak di tempat duduk belakang. Tanpa berlengah terus saya memangku kakak. Waktu itu kakak terus berhenti nangis.. Dalam hati terdetik juga... kakak ni memang seorang yang manja. Kalau kena gigit semut pun tangisannya macam kena gigit tebuan.. hihi..

Walaubagaimanapun kami terus berpatah balik untuk membawa kakak ke klinik. Dalam hati hanya berdoa semoga tiada yang serius. Sesampainya kami di klinik kakak dibawa masuk ke dalam bilik untuk doktor melakukan pemeriksaan. Hasil pemeriksaan doktor syaki kakak mempunyai apendiks dan membuat surat untuk kakak dirujuk ke hospital dengan segera. Allahuakbar...

Sepanjang perjalanan ke hospital saya google bermacam-macam info tentang apendiks antaranya Apa  Itu Apendiks, Faktor Penyebab Apendiks, Cara Merawat Apendiks, Rawatan Apendiks pendek kata segala-galanya tentang Apendiks lah... Dalam hati berdoa semoga dijauhkan kerana menurut pembacaan tiada rawatan lain untuk apendiks kecuali melalui pembedahan. Nauzubillah min zalik...

Maka pada malam itu kami bermalam di hospital. Kakak juga telah dinasihatkan supaya berpuasa. Segala perancangan ingin ke Port Dickson pada esok harinya mungkin terpaksa dibatalkan. Hanya memikirkan tentang keadaan kakak dan sentiasa berdoa supaya kakak tidak ada apa-apa yang serius. Kakak dinasihatkan supaya mula berpuasa pada malam dia dimasukkan ke wad....  Nurse juga ada bertanya bila tarikh kakak nak di operate. Allahuakbar berderau darah dengar perkataan operate ni...  :(

Keesokan harinya doktor pakar buat pemeriksaan fizikal dan dengan konfidennya doktor kata tiada apendiks ni tetapi oleh kerana keputusan darah kakak ada menunjukkan kehadiran kuman.. oh ya.. kakak sedang demam ketika dimasukkan ke wad. Oleh itu perlu buat CT Scan untuk mengesahkan adanya apendiks atau tidak. Waktu ini suami yang temankan kakak untuk melakukan CT Scan ini.

Sambil menunggu ujian CT Scan keluar kakak dah merengek-rengek kelaparan. Memang kesian sangat rasanya walaupun dah biasa berpuasa pada bulan Ramadhan tapi kali ni lain coz kakak tak berselera nak makan sejak malam tadi lagi. 

Alhamdulillah keputusan ujian CT Scan menunjukkan tiada apendiks dan doktor berjanji untuk membenarkan kakak keluar wad keesokan harinya.. Mungkin angin akibat perut kosong. Disebabkan kami ada program di Port Dickson dan bilik juga telah ditempah untuk kami, jadi kami memohon kelonggaran untuk keluar dan mengikuti program di Port Dickson pada malam itu... permohonan kami diluluskan... Hooreyyyyy... Memang best dinner malam tu walaupun tangan kakak masih berbalut. Tema merah hitam gitu...  :)



Esoknya selepas subuh lagi kami dah bergerak dari Port Dickson untuk kembali ke hospital di Melaka kerana doktor perlu melakukan pemeriksaan lagi sekali sebelum dibenarkan keluar... Selepas dibenarkan keluar kami bergegas semula untuk mengikuti program yang dianjurkan di Port Dickson..  hihi... gembira sungguh anak-anak Shaklee ini.. Macam ibu beranak empat je rupanya ya... Mujur ada Shaklee maka ibu kekal cergas bertenaga walaupun macam-macam hal yang memerlukan ibu berada di sana sini.. Hehe.. ;)


Sampai hari ini kakak tak pernah lagi mengadu sakit perut. Saya hanya konsisten memberi kakak minum Mealshakes setiap hari.. 


Syukur alhamdulillah..... lihat wajah gembira kakak siap suruh kami sambung bercuti lagi di Port Dickson as her reward....   ;)


Post a Comment Blogger Disqus

  1. Tetap ceria... Tahniah adik!!! anda hebat!!!!

    ReplyDelete
  2. tahniah adik!!! tetap ceria..anda hebat!!!!

    ReplyDelete

 
Top