Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Awal Muharam kepada semua umat Islam di luar sana...  Masih belum terlambat kan.. Bermulalah buku baru yg mencatat amalan kita pada Sabtu yang lepas....

Tarikh 24 Oktober merupakan tarikh yang pastinya tidak akan dapat kami lupakan. Tarikh pemergian atuk tersayang di pagi Jumaat penghulu segala hari dan merupakan hari penutup amalan kita dihitung pada tahun ini.. Arwah merupakan bapa kepada mak saya.. 

Dalam Kenangan

Sedikit cerita tentang arwah atuk saya... Arwah semasa muda sangat tegas tau.. Tapi disebabkan kami ni kat Melaka manakala arwah di Kelang maka dengan kami atuk tak lah tegas sangat.. Sesekali balik lah katakan.. 

Hobi atuk.. hihi.. kalau nak tahu kat bawah ni... dari kami kecil lagi atuk memang suka hisap rokok gulung ni... Ha.. jangan terperanjat tau masa atuk masih ada peparu atuk tiada kesan hitam pun macam peparu perokok tegar lain yang hisap rokok guna rokok dalam kotak tu... lepas ni laku keras lah rokok ni...  ;)

Rokok Gulung Klasik

Arwah atuk juga seorang yang selalu tersenyum... Murah sangat dengan senyuman.. Nampak arwah bahagia sangat semasa hidupnya..


21 September lepas semasa perkahwinan adik kami


Petang tu pekena Coconut Shake Klebang

Oleh kerana arwah atuk merupakan antara orang lama menetap di Kampung Batu Belah Kelang, arwah pernah dijemput oleh Stesen TV Al-Hijrah tau pada bulan Februari lepas bercerita tentang asal usul Kampung Batu Belah ni.. Ha... jangan tak tau memang ada nama kampung ni..

Arwah Atuk semasa ditemuramah

Arwah mempunyai keluarga yang sangat besar... anak-anak seramai 10 orang walaubagaimanapun bukan selang setahun tau... anggaran jarak umur anak-anak arwah selang 3 tahun camtu... 5 lelaki 5 perempuan pulak tu... Memang penyusuan susu ibu secara eksklusif boleh menjarakkan kehamilan.. Jom layan sebahagian dari Keluarga Besar Arwah Atuk Asri ni... Cubalah cari saya di mana kalau jumpa... haha..


Keluarga Besar Arwah Atuk


Bagi saya arwah atuk sangat istimewa.. Saat-saat akhir pemergiannya arwah masih boleh melakukan solat wajib dan solat sunat dengan berbaring.. Arwah sentiasa dikelilingi oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit yang prihatin dan sayangkan arwah.. Ingatan arwah juga sangat kuat masih boleh mengingati pelbagai peristiwa dan masih mengenali kami semua walaupun ketika sedang tenat. Solat jenazahnya juga telah diimamkan oleh anaknya sendiri... Pelbagai urusan yang dipermudahkan oleh Allah dari saat roh terpisah dari jasad atuk.

Kami buat tahlil selama 3 malam di rumah dan di masjid. Tahlil di rumah memang penuh dengan ahli keluarga arwah atuk sahaja... Alhamdulillah... semoga atuk berbahagia di sana... Aamiin...

Mohon pembaca yang budiman sedekahkan Al-Fatihah buat arwah atuk Hj. Asri bin Hj. Omar... Saya dahulukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi sedekahkan Al-Fatihah..



Rasulullah pernah bersabda bahawa terdapat 3 aliran pahala yang tidak akan terputus meskipun seseorang itu telah meninggal dunia :

1. Sedekah amal jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak yang soleh

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabada :

"Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak sole yang berdoa kepadanya." (HE Muslim)


Betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah tiada kelak.. Semoga kita juga boleh mendapat 3 aliran pahala itu... Aaminn....



Post a Comment Blogger Disqus

 
Top