AidilAdha baru sahaja berlalu 2 hari lepas.. Rasanya belum terlambat untuk kita selami maksud AidilAdha itu hari ini.... Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ianya disambut pada hari ke-10, 11 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Hari Raya AidilAdha disambut ketika sebilangan umat Islam menunaikan ibadat haji di Makkah dengan melakukan korban sembelihan. Ianya merupakan perayaan yang sungguh istimewa kerana hari itu merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s menunaikan perintah Allah dan kesabarab anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah.


Berbalik kepada Cerita AidilAdha MamaFisya... hihi... macam biasa sambutan yang sederhana sahaja.. Kami anak beranak pakai je baju yang sedia ada dalam erti kata lain memang tiada baju baru untuk kami.  Gambar beraya kami sekeluarga pun tiada sebab suami saya pagi-pagi dah merewang lembu korban.


Si Kakak & Adik

Suami Saya Yang Berbaju Kuning...   :)



Hari Raya AidilAdha ni tak sah kalau tiada juadah hari raya seperti lontong, ketupat, rendang dan bermacam-macam lagi makanan yang tinggi lemak dan kolestrol... Hihi.. Sebab tu klinik-klinik dan hospital-hospital penuh setiap kali selepas sambutan Hari Raya. Isu ini telah dikongsikan oleh Hospital Pakar KPJ Selangor, Norhafizah Zainal Arifin pada 2009 dalam artikel bertajuk 'Tip Selamat Kurangkan Berat Badan'  dengan berkata, adalah sesuatu yang normal setiap kali selepas musim perayaan beliau didatangi ramai orang yang mahu mendapatkan nasihat kerana berat badan naik secara mendadak. Tu dia juadah hari raya kami... cuba teka berapa jumlah kalori tu...  Belum lagi juadah after Raya Haji... hihi.. sup Gearbox la.. sup tetel la... fuhh... dengar pun dah terliur kan... Tetapi adakah kita sanggup menanggung risiko kolestrol dalam darah yang tinggi yang pastinya akan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti strok, darah tinggi, sakit jantung......




Tetapi kini anda semua tidak perlu risau saya ada cara bagaimana untuk halang Kolestrol dari diserap badan jika anda ingin memakan semua ini tanpa rasa bersalah. Bagaimana cara untuk halang Kolestrol diserap oleh badan kita? Mudah saja dan sesiapa yang dah mencuba pasti akan jatuh hati...

Jom klik Cara Mudah Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi




Post a Comment Blogger Disqus

 
Top