Minggu ni ramai yang post tentang Instant Google Street View ini di facebook, twitter, whatsapp dan jaringan media sosial yang lain. Saya pasti ramai dah pernah mencuba aplikasi Google Street View ini untuk lihat rumah masing-masing kan termasuk lah empunya website MamaFisya ni.. hihi... Entry saya yang lepas ada saya terangkan Cara Menggunakan Aplikasi Instant Google Street View ini.


Pendapat saya, fungsi Instant Google Street View ini ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya sekiranya kita ingin melancong ke sesuatu tempat maka kita boleh mendapatkan gambaran sebenar tempat tersebut melalui aplikasi ini. Keburukannya pula sekarang ini dah tiada privacy kerana orang boleh trace rumah kita hanya dengan menaip alamat rumah kita. Saya juga ada bertanyakan pendapat rakan-rakan Facebook tentang aplikasi ini dan semua yang komen mengatakan mereka tidak setuju.





Cara Padam Rumah Anda Dari Instant Google Street View


1) Login InstantGoogleStreetView
2) Taip alamat rumah anda
3) Kemudian klik Report A Problem pada bahagian bawah sekali kanan dan akan terpapar 1 borang
4) Pada pilihan ReQuest Dance Crew Blurring : What would you like us to blur? pilih Home, dan tail alamat rumah anda
5) Tekan Submit



Maka anda tidak perlu risau lagi privacy anda dicerobohi....  :)


***************************************


Pengedar Shaklee Anda

Fazliana Jamil
SMS/Whatsapp 019-3311968

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top