Baru-baru ini Google Malaysia telah memperkenalkan satu perkhidmatan atas talian yang membolehkan pengguna melihat jalan-jalan di Semenanjung Malaysia secara imej dan boleh dilihat secara 360 darjah yang dinamakan Instant Google Street View. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengenali kawasan sekitar dan landmark sesuatu lokasi itu.
Google Street View ni sebenarnya dah lama digunakan oleh beberapa tempat popular di seluruh dunia tujuannya lebih kepada pelancongan. Contohnya kita di Malaysia nak melihat kawasan-kawasan menarik di luar negara contohnya tempat-tempat menarik di Johor atau London. Jadi kita boleh melihat dahulu kawasan tersebut melalui aplikasi ini..
Anda boleh juga cuba untuk melihat rumah anda atau rumah orang tua anda ke sekurang-kurangnya terubat sikit rindu apabila berada di perantauan.. Konsepnya mudah sekali di mana anda hanya perlu taip alamat rumah anda dan pastinya anda akan rasa terkejut selepas itu... Saya pun dah cuba melihat rumah saya mujur ianya terlindung dan tidak dapat dilihat. Semua integriti maklumat contohnya nombor plat kenderaan dan nombor rumah tidak akan didedahkan.. tempat tu akan di'blur'kan.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba boleh layari www.instantstreetview.com. Perkhidmatan ini diintegrasikan bersama Google Maps. Anda hanya perlu taipkan lokasi di ruangan carian yang disediakan. Jeng... Jeng... Jeng... tu dia saya skodeng Shaklee Subang... :)
![]() |
Pemandangan luar bangunan Shaklee Subang |
Post a Comment Blogger Disqus