Koleksi Resepi Berpantang yang akan saya tambah dan kemaskini dari semasa ke semasa..


RESEPI BERPANTANG 1

KERABU PEGAGA




Bahan A


  • 1 ikat pegaga
  • 2 ekor ikan gelama kering (dibakar dan dibuang tulang)
  • 1 inci halia muda (dihiris)

Bahan B (Ditumbuk)

  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu the lads hiram

Cara Membuat :

  1. Hiris daun pegaga halus-halus. Tumbuk ikan gelama kering sehingga hancur.
  2. Bahan yang ditumbuk tadi digoreng di dalam kuali tanpa minyak. Masak sehingga bahan ini kering sedikit dan angkat.
  3. Gaulkan daun pegaga, halia, ikan kering dan bahan yang digoreng tadi di dalan mangkuk besar.
  4. Makan bersama nasi lembik yang masih panas.

RESEPI BERPANTANG 2

SUP IKAN HARUAN




Bahan A


  • 1 ekor ikan haruan sederhana besar (dibersihkan dan dipotong)
  • 2 tangkai daun saderi/sup dihiris
  • 2 tangkai daun bawang dihiris
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1-2 keping asam gelugur
  • 2 inci halia diketuk
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air

Bahan B (ditumbuk)

  • 2 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah

Cara Membuat :

  1. Masukkan semua bahan A kecuali daun sup/saderi dan daun bawang ke dalam periuk bersama bahan B. Masakkan sehingga sempurna.
  2. Apabila sudah masak hidangkan ke dalam mangkuk sup dan taburkan daun sup/saderi & daun bawang.

Tip : Ikan haruan amat baik bagi mengubati luka-luka selepas bersalin



Post a Comment Blogger Disqus

 
Top