Entry saya kali ini nak cerita tentang Small Office Home Office MamaFisya.. Sebenarnya tak pernah pun terlintas di fikiran akan ada pejabat sendiri di rumah. Saya hanya memikirkan akan bekerja makan gaji sampai pencen. Tapi... PERCAYA SEBELUM BERJAYA kan... 

Pada 1 Mac 2013 iaitu masa saya berada dalam rank Senior Coordinator suami telah mencetuskan idea agar kami buat mini pejabat sendiri di rumah. Pada waktu itu beliau percaya 1 hari nanti saya akan berhenti kerja dan bekerja secara sepenuh masa dalam pejabat ini. Hehe.. tu dulu.. akhirnya pada bulan December 2013 saya dengan rasminya berhenti kerja makan gaji dan berniaga Shaklee secara sepenuh masa... Pejabat kami biasa-biasa sahaja bagi melakukan perniagaan Shaklee ini dari rumah....


SOHO MamaFisya

Biasanya stok-stok Shaklee di rak itu hanya akan bertahan selama 3-4 hari sahaja. Lepas itu terpaksa di restok kerana permintaan yang sangat tinggi terhadap produk Shaklee ini. Pelanggan kami adalah dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk beberapa orang dari luar negara.


Antara Stok Baru Sampai

Selalunya dalam seminggu saya akan order sebanyak 2-3kali stok-stok sebanyak itu. Sememangnya produk Shaklee ni laku keras...  :)


Proses Sorting Order

Proses Sorting kadangkala dibuat di luar SOHO sekiranya permintaan terlalu banyak pada hari tersebut.

Antara Tempahan yang dah dibungkus untuk di COD dan pick up

Antara Tempahan untuk di pos

Gambar-gambar ini kebanyakannya ketika saya berada di rank Key Coordinator. Sekarang ini saya banyak melakukan urusan-urusan di belakang tabir terutamanya teach others to teach others memandangkan ahli-ahli Shaklee di bawah jaringan MamaFisya telah meningkat dengan ramainya...


Post a Comment Blogger Disqus

 
Top