Bagaimana Menentukan Perut Buncit

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Kuruskan Badan dan Kempiskan Perut Perlu Mengukur Ukur Lilit Perut Dahulu


Mengukur lilitan pinggang adalah cara praktikal dan klinikal yang berguna untuk  kita mengetahui pembahagian lemak dalam badan. Seseorang mungkin menyimpan lemak yang berlebihan dan mengkhususi di perut saja. Jadi adalah penting untuk kita mengetahui had standard saiz pinggang sebagai rujukan sebelum perlaksanaan cara kempiskan perut bermula.

Piawaian Ukur lilit oleh WHO (Ornisasi Kesihatan Dunia)

Penentuan samada perut buncit atau tidak adalah dengan menggunakan calculation nisbah ukuran pinggang kepada pinggul, waist hip ratio (WHR). Pengukurannya dengan menggunakan formula yang telah dikenal pasti oleh WHO adalah seperti berikut. 

Kaedah Mengira Waist Hip Ratio Bagi Mengecilkan Perut


Setelah itu, perbandingan boleh dibuat diantara ukuran dapat dengan ukuran piawaian WHO iaitu untuk warga Asia Pasifik adalah kurang 90cm bagi kaum lelaki manakala bagi kaum perempuan pula adalah kurang 80cm. Sumber; WHO|waist circumference and waist hip ratio. Sekiranya nilai nisbah melebihi maka nyata status adalah buncit.


Risiko Diabetes dan Kawalannya
Saringan berat badan yang sederhana dan pengurangan ukur lilit pinggang merupakan aspek penting dalam pencegahan dan pengurusan diabetes jenis 2 dan pengurangan risiko kardiovaskular.

Kaedah Betul Ukur Lilitan Pinggang dan Perut

Gambarajah Panduan Betul Ukur Perut Untuk Kempis Perut dan Berat Badan Ideal
Waist Hip Ratio Ukuran Pinggang dan Perut Untuk Kurus
Kaedah Yang Betul Untuk Mengukur Pinggang dan Pinggul Adalah Penting Bagi Menilai Kadar Kebuncitan Perut Sebelum Perlaksanaan Cara Kempiskan Perut


1) Cari bahagian atas tulang pinggul (iliac crest) dan ambil ukuran ruang di antara tulang pinggul dan tulang rusuk yang paling bawah di mana hanya satu jari boleh muat di ruang itu

2) Pastikan measuring tape berada pada kedudukan yang mendatar, selari dengan lantai.

3) Mula mengukur dengan melilitkan measuring tape secara mendatar, tanpa peduli sama ada pusat berada di bawah atau di atas tape.

4) Berdiri tegak dan longgarkan otot-otot abdomen. Ukuran diambil ketika pernafasan keluar

Klasifikasi Terperinci Menilai Tahap Kesihatan Berkaitan Dengan Perut Buncit

Berikut adalah table tentang menilai tahap risiko penyakit berkaitan obesiti apabila perut menjadi buncit.

Kempiskan Perut Elak Berpenyakit Berkaitan Obesiti atau Gemuk

Jadi, adalah penting untuk mengenal pasti samada kita berada dalam golongan berperut buncit dan ianya berada pada tahap mana bagi mengelak kecenderungan berpenyakit berkaitan obesiti.

Dengan mengambil kira kawalan terhadap ukur lilit pinggang/perut ini kita lebih memahami dengan lebih mendalam dalam pengurusan berat badan secara keseluruhan.

Ingat!! Dalam pengurusan berat badan secara keseluruhan selain kawalan terhadap bmi, waist hip ratio juga perlu diambil kira dan dikawal.

Post a Comment Blogger Disqus

  1. thanks berkongsi.baru tahu..
    sis, hri tu ada btnya pasai beras perang kan.
    sebenarnya, sy makan beras perang tu sesaja.tapi bagus la. sbb x berkanji.
    elok tk oedakit diabetis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... hihi... seronok baca blog sis... tq 4 info... :)

      Delete

 
Top