Kami bertolak ke Sarawak pada 14 November yang lalu kerana ingin menghadiri Sesi S2U Tour di Sarawak.. Di kesempatan itu kami juga mengambil peluang untuk berjalan-jalan di bumi Allah Sarawak.... 

Perjalanan dari Melaka ke KLIA bermula jam 12 tengah malam dengan menaiki bas Melaka - KLIA. Seawal jam 2 pagi kami dah sampai ke KLIA.. hihi.. Flight pula jam 7.30 pagi... Maka duduk lah kami dengan penuh kesabaran di KLIA itu sambil2 menyambung bisness online Shaklee kami... Oleh itu masa menunggu tidak lah terlalu panjang kerana ianya dimanfaatkan sepenuhnya..

Tu dia.. jam 2 pagi dah terpacak di KLIA

Alhamdulillah selamat sampai di Sarawak pada jam 9 pagi.. Kami menyewa sebuah kereta Axia dari 14 Nov sehingga 17 Nov dengan bayaran sebanyak RM330. Buat yang mencari-cari perkhidmatan kereta sewa di Sarawak boleh lah hubungi brader ni 019-4360079. Tempat pertama yang kami tuju adalah Kopi O' Corner... hihi.. pekena Mi Kolok dan Laksa Sarawak... Memang sangat sedap...  ;)

bersama PM Iffah Anuar di Kuching Airport

Hari pertama kami menuju ke The One Hotel Santubong.... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Bandar Kuching.. Sungguh nyaman dan menenangkan di sana.. Hotel kami dikelilingi hijauan pokok2, bunyi-bunyian unggas dan deruan ombak pantai...  ;)

Menikmati Keindahan Santubong

The One Hotel Santubong

Pada sebelah malamnya kami jalan-jalan cari makan di Kampung Buntal Santubong Sarawak untuk pekena Seafood... Jalan punya jalan akhirnya jumpa kedai makan Seafood orang Islam di sana.. First time merasa sayur bidin goreng belacan... Rasanya sangat lah sedap.. Makanan lain pun tersangat lah sedap... hihi.. berbaloi kami bayar RM98 untuk makanan 2 orang...

Seafood di Kg. Buntal Santubong, Sarawak


Berakhir sudah hari pertama kami di Sarawak..  memang sangat best makanan dan persekitaran sini... Sesuai untuk sesiapa yang ingin beristirehat dan mencari ketenangan fikiran juga...  ;)

Nantikan Part II Jalan-Jalan di Kuching Sarawak ya semua... :)

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top