Selain dari kaedah mengira, anda juga boleh mengesan waktu subur dengan Kit Ujian Kesuburan (OPK). Ada berbagai-bagai jenis yang dijual di pasaran.. Salah satunya brand P-Plan ni... Nasihat saya sekiranya anda ada masalah kesuburan atau masalah haid yang tidak teratur memadai beli kit ujian yang lebih murah harganya. Brand yang saya beli ini boleh tahan juga harganya... Kit ni boleh didapati di Farmasi berharga RM69 mengandungi 4 Test Strip..


Kit Ujian Kesuburan

Sebelum merancang untuk hamil saya mengamalkan pengambilan GLA Complex Shaklee secara konsisten selama 2 bulan berturut-turut dan vitamin B-Complex Shaklee yang lengkap mengandungi asid folik di dalamnya..

4 Test Strip di dalamnya

Bagaimana ujian ini berfungsi?

OPK ini menggunakan cara kualitatif imunisasi bagi mengesan peningkatan hormon LH di dalam air kencing. Peningkatan LH boleh mencetuskan pelepasan telur benih daripada ovari dalam masa 24 jam hingga 36 jam kemudian.

Pengesanan peningkatan LH membantu mengenalpasti 2 hari yang paling subur dalam kitaran haid anda. Maka peluang untuk hamil adalah lebih tinggi pada masa ini.


Rupa Kit Kesuburan ini

Bilakah Ujian Ini Harus Dimulakan?

1. Pastikan jangkamasa kitaran haid anda. Ianya bermula dari hari pertama haid anda ke hari sebelum haid berikutnya bermula.

2. Jika putaran anda biasanya mengambil 28 hari, rajah putaran menunjukkan ujian perlu dimulakan pada hari ke-11.

Sekiranya anda tidak pasti dengan kitaran haid anda, mulakan pada hari ke-11. Kitaran haid normal biasanya mengambil masa 28 hari. Jalankan satu ujian setiap hari sehingga peningkatan LH dapat dikesan.


Rajah Putaran


Tempoh Putaran Anda
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
Hari Memulakan Ujian
5
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16



Cara Baca Kit Ujian

Semoga sedikit sebanyak membantu anda merancang kehamilan. Saya tak jual kit ini.. saya jual produk Shaklee sahaja.. Bagi yang berminat nak mencuba Set Kesuburan Shaklee bolehlah hubungi saya di talian 019-3311968....  :)

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top