Saat-saat mengandung memang merupakan detik-detik yang terindah dalam hidup seorang wanita tetapi ramai yang rasanya tidak sanggup untuk menghadapi keadaan di awal kandungan yang dinamakan Morning Sickness... Morning Sickness adalah gejala di awal kandungan yang pastinya ramai wanita telah menghadapinya dan fobia untuk berdepan dengannya kembali... tak dapat dinafikan juga ada para ibu yang tidak mengalami fasa morning sickness ini sepanjang tempoh kehamilan mereka..


Macam mana rasa Morning Sickness tu ya?


comel dan kesian kan... hihi..

Saya mengalami masalah morning sickness ni semasa mengandungkan kedua-dua orang puteri saya dahulu dan ianya berlarutan dari bulan pertama sehingga bulan keempat. Macam mana nak cakap ya.. kita rasa lemah longlai sahaja, kehilangan selera makan yang amat, pening kepala yang amat, muntah-muntah.... balik je kerja memang dah tak boleh nak buat apa... terbaring je bersama lumuran minyak angin di kepala.... Kalau dalam bahasa kasarnya melepek je macam 'alas kaki' tu.... haha...

Alhamdulillah saya telah disahkan hamil baru 5 minggu.. Dalam tempoh 5 minggu inilah juga saya mengalami morning sickness ini tetapi ianya masih boleh dikawal tidak seperti yang lepas.... Siap boleh terbang ke Sarawak lagi.. Sebelum merancang untuk hamil lagi saya telah mengamalkan 1 biji Bcomplex Shaklee setiap hari... Sekarang ni saya ambil bcomplex itu sehari 2-4biji bergantung pada tahap keseriusan morning sickness hari itu.. Walaupun ianya tidak memulihkan sepenuhnya keadaan diri saya menjadi sihat dan segar semula seperti sediakala tetapi ianya amat membantu memberikan saya sedikit tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian disamping dapat menjalankan perniagaan saya seperti biasa dari rumah.. 

Sekiranya saya berasa loya pada tahap melampau saya akan cepat-cepat hisap chewable vitamin C Shaklee.. Ianya memberikan rasa masam-masam manis yang dapat melegakan sedikit tekak yang tengah loya.. Selain itu pengambilan Mealshakes membantu saya mendapat tenaga dan khasiat secukupnya yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.. Mealshakes ice blended rasanya sangat menyamankan.....  :)

Penting : Sila jangan biarkan perut anda kosong kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Kebanyakan ibu apabila mengalami keadaan morning sickness ni pastinya tidak akan ada selera untuk makan.. jadi.. silalah memaksa diri ibu-ibu untuk makan seawal pagi lagi...   ;)

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top