![]() |
Imbasan Ultra-Sound Biasa |
Setiap bakal ibu dan bapa pastinya teruja untuk menjalankan ujian imbasan gelombang atau lebih dikenali sebagai Ultra-Sound ini. Persoalannya adakah ianya selamat untuk bayi anda?
Jawapannya : YA ianya SELAMAT untuk ibu dan bayi kerana imbasan yang ibu-ibu jalani ketika hamil mengeluarkan sedikit sahaja haba (kurang dari satu darjah Celcius).
Ujian Imbasan Ultra-Sound juga telah dijalankan ke atas ibu-ibu hamil selama lebih 30 tahun dan dijamin selamat. Mesin ini telah dicipta agar mempunyai ukuran indeks terma yang dipaparkan atas skrin juga. Oleh itu ianya dapat memberikan anggaran jumlah haba yang berkemungkinan terhasil akibat dari pendedahan yang lama pada tubuh ibu.
Untuk pengetahuan, panduan penggunaannya juga telah menetapkan agar imbasan ini hanya boleh dijalankan oleh kakitangan hospital yang berkelayakan penuh dan mereka hanya menggunakannya pada tahap yang rendah serta ianya dijalankan secepat mungkin... :)
Mungkin ada dikalangan ibubapa juga tidak mahu menjalankan imbasan ultra-sound ini atas alasan ingin membuat surprise akan jantina bayi di dalam kandungan. Perlu diingatkan imbasan ini bukan hanya untuk menentukan jantina bayi, anda juga boleh memeriksa kedudukan bayi, kedudukan uri, paras air ketuban dan keadaan bayi samada normal atau luar biasa..... ;)
![]() |
Imbasan Ultra-Sound 3D |
Post a Comment Blogger Disqus