Manfaat-manfaat apabila anda bergerak dengan lebih banyak
semasa hamil dapat dilihat dengan serta-merta dan ia berkekalan seumur hidup
anda. Bayi anda juga akan mula menuai manfaat-manfaat yang sama ketika dia
masih di dalam uterus. Berikut adalah satu senarai mengada anda harus mula
bersenam pada hari ini bersama-sama dengan cara-cara untuk mengatasi beberapa
halangan yang biasa dihadapi.
1. Anda berkemungkinan kurang menambah berat
badan
Kajian-kajian menunjukkan anda mungkin menambah berat
sebanyak tujuh paun kurang daripada wanita-wanita hamil yang tidak bersenam,
walaupun begitu anda masih kekal di dalam kadar pertambahan berat badan yang
sihat.
2. Proses bersalin mungkin akan lebih mudah
Semestinya ia tiada jaminan, tetapi perut yang kuat dan
sistem kardiovaskular yang sihat boleh memberikan anda lebih stamina pada tahap
meneran. Satu kajian mendapati bahawa ibu-ibu hamil yang melakukan senaman aerobic
air prenatal yang kerap adalah 58
peratus kurang kemungkinan meminta ubat-ubat tahan sakit semasa bersalin
berbanding dengan mereka yang tidak bersenam.
3. Anda mengurangkan risiko diabetes gestasi
sebanyak 27 peratus
Gula darah yang tinggi semasa hamil meletakkan anda pada
risiko yang paling ekstrem untuk mendapat Diabetes Jenis II dalam masa sedekad
selepas melahirkan anak malah meningkatkan masalah kelahiran pramasa atau bayi
yang berlebihan berat badan. Jika anda mengidap diabetes jenis II, (dan ramai
juga wanita yang sihat menghidapnya disebabkan oleh genetic dan usia)(ia memainkan
satu peranan yang penting),maka, senaman dapat membantu mengelakkan atau
melambatkan keperluan anda terhadap insulin atau lain-lain ubat-ubatan.
4. Anda menggalakkan mood yang lebih baik
Bakal-bakal ibu yang aktif melaporkan mood-mood yang lebih
baik semasa bersenam atau secara amnya di sepanjang kehamilan mereka,
berbanding dengan mereka yang banyak duduk.
5. Anda kurang mengadu kesakitan
Kira-kira dua pertiga daripada wanita hamil mengalami sakit
belakang tetapi senaman air dan yoga dapat memberikan kelegaan. Bersenam semasa
separuh masa kedua kehamilan adalah amat membantu
.
6. Anda mungkin kurang mengalami sembelit
Saluran usus wanita-wanita hamil selalunya akan tertahan
disebabkan oleh paras progesterone yang tinggi dan akibat uterus yang membesar tetapi
senaman dan bersama-samasatu diet yang tinggi dengan kandungan serat akan
mengekalkan kesihatan sistem percernaan anda.
7. Anda mempunyai lebih banyak tenaga
Pada hari-hari apabila mengangkat alat kawalan jauh
seolah-olah seperti satu perbuatan yang amat sukar, maka berjalan selama 10
minit dapat menyegarkan anda semula.
8. Anda akan melahirkan bayi yang lebih kurus
Bayi-bayi yang dilahirkan dengan lemak yang berlebihan
adalah secara signifikannya lebih berkemungkinan menjadi seorang kanak-kanak
prasekolah yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan ibu-ibu kepada
bayi-bayi baru lahir yang mempunyai berat badan berlebihan yang menghidap
diabetes gestasi lebih cenderung mendapat diabetes pada masa akan datang.
9. Anda boleh menikamati kefleksibelan yang
terbaik di dalam hidup anda
Relaxin, sejenis hormon kehamilan yang melonggarkan
sendi-sendi tulangpeivik anda di dalam persediaan untuk kelahiran serta
merelakskan sendi-sendi anda yang lain. Dengan regangan-regangan yang berhati-hati seprti yang dilakukan di
dalam senaman yoga prenatal, anda boleh mendapat manfaat yang tidak terhingga
semasa bersalin.
10.
Anda
berkemungkinan besar dapat mengelakkan kelahiran menggunakan forsep, pembedahan
Caesarean atau lain-lain pencerahan.
Kajian telah mendapati bahawa mereka yang bersenam dengan
kerap adalah 75 peratus kurang berkemungkinan melaluia satu kelahiran
menggunakan forsep, 55 peratus kurang berkemungkinan melakukan episiotomy dan
hamper empat kali ganda kurang berkemungkinan menjalani pembedahan Caesarean.
11. Anda berkemungkinan besar lebih sihat
semasa di pertengahan usia
Di dalam satu kajian yang mengikuti perkembangan
wanita-wanita selama 20 tahun selepas bersalin, mereka yang bersenam di
sepanjang kehamilan dapat berlari sejauh dua batu iaitu dua setengah minit
lebih pantas berbanding dengan mereka yang berehat daripada melakukan senaman
semas hamil. Mereka yang bersenam secara berterusan juga dapat bersenam lebih
lama.
12. Anda akan mendapat perhatian yang positif
Setiap orang akan tersenyum melihat seorang wanita hamil
melakukan power walk. Tiada
sesiapapun yang lebih popular di gim selain daripada wanita yang menggunakan
alat senaman bisep!
13. Anda akan berasa seperti seorang ibu yang
seksi
Wanita-wanita yang bersenam di sepanjang kehamilan mempunyai
satu imej tubuh yang lebih baik berbanding dengan mereka yang hanya duduk diam
selama sembilan bulan.
14. Tempoh masa bersalin anda mungkin akan
lebih singkat
Satu kajian penting mendapati bahawa wanita-wanita yang
berkeadaan baik yang bersalin secara normal,melakukan latihan berterusan di
sepanjang kehamilan melalui kelahiran aktif selama empat jam 24 minit
berbanding dengan enam jam 22 minit bagi mereka yang berhenti melakukan latihan
lebih awal.
15. Anda belajar untuk menenangkan diri
Dengan penekanan terhadap pernafasan, meditasi dan
pergerakan yang menggembirakan, yoga prenatal membantu bakal ibu yang tertekan
agar kekal tenang. Tambahan itu, satu amalan yoga prenatal yang teratur dapat
mengajar anda melerakskan diri selain daripada berasa tertekan apabila anda
berasa tidak selesa dan ia merupakan satu kemahiran yang amat membantu semasa
bersalin.
16. Jika anda bersenam di dalam air, anda akan
merasai ringan tubuh
Bagi sesetengah
wanita, berenang atau melakukan aerobic air dapat memberikan satu-satunya
kelegaan bagi sakit kaki dan bengkak buku lali.
17. Anda berkemungkinan kurang mengalami
bengkak pada kaki.
Tubuh anda menyerap lebih banyak air semasa hamil dan uterus
anda memberi tekanan pada urat-urat anda serta melemahkan pengembalian darah ke
jantung. Senaman boleh mengehadkan bengkak dengan memperbaiki pengaliiran
darah.
18. Anda mungkin kurang cenderung mengalami
mabuk hamil
Walaupun rasa loya memberhentikan ramai wanita daripada
bersenam, terdapat juga ramai bakal ibu melaporkan bahawa mereka berasa kurang
berasa loya selepas melkukan senaman dan senaman itu sendiri mengenepikan
fikiran mereka terhadap rasa loya buat sementara waktu.
19. Anda mungkin menggalakkan potensi atletik
bayi anda
Satu kajian mendapati bahawa mereka yang berusia 20-an yang
terdedah dengan senaman di dalam uterus menunjukkan prestasi yang lebih baik di
dalam sukan berbanding dengan mereka yang sebaya di mana ibu-ibu mereka tidak
bersenam semasa hamil.
20. Anda pulih lebih cepat selepas bersalin
Berbanding dengan bakal-bakal ibu yang tidak aktif semasa
hamil, mereka yang bersenam lebih berkemungkinan besar bersosial dan menikmati
hobi serta hiburan slepas bersalin. Mereka seolah-olah dapat mengharungi
permintaan terhadap perjalanan keibuan dengn lebih baik.
21. Anda berkemungkinan lebih sihat dan ramping
apabila anak anda mula ke kolej
20 tahun lalu, wanita-wanita sihat yang bersenam di
sepanjang kehamilan menambah berat badan sebanyak tujuh paun setengah
berbanding dengan 22 paun bagi wanita yang berehat sewaktu hamil dan kemudian
menyambung semula bersenam selepas bersalin. Mereka yang bersenam secara
berterusan juga mempunyai paras kolesterol yang lebih rendah dan kadar degupan
jantung yang merehatkan.
22. Rasa yakin dan sempurna memenuhi diri anda
Menamatkan satu prenatal power
walk menjadikan anda berasa seperti Berjaya menakluki dunia!
23. Anak anda akan mempunyai jantung yang lebih
sihat
Bayi yang sedang membesar di dalam rahim ibu-ibu yang
melakukan senaman mempunnyai jantung yang lebih efisien berbanding dengan
mereka tidak bersenam dan paras kecergasan kardio yang lebih tinggi ini
nampaknya akan berkekalan sehinnga bayi tersebut mencecah usia kanak-kanak.
24. Jika anda merokok, senaman dapat membantu
menghentikan tabiat tersebut
Di dalam satu kajian kecil, ibu-ibu hamil yang merokok
dilaporkan bahawa senaman memberikan mereka keyakinan untuk berhenti merokok,
mengurangkan rasa mengidam terhadap rokok, memberikan mereka lebih tenaga dan
membantu mereka berasa lebih seperti seorang yang tidak merokok.
25. Anda mungkin dapat tidur dengan lebih baik
Sesetengah wanita hamil yang bersenam mengatakan bahawa
mereka berasa mengantuk dengan lebih cepat, tidur dengan lebih baik dan lebih
lama berbanding dengan ibu-ibu yang tidak aktif.
26. Anda akan dapat berjumpa dengan bakal-bakal
ibu yang lain semasa di kelas pra-natal
Dapatkan nombor telefon mereka dan anda mungkin dapat
berjumpa semula dengan mereka untuk temujanji bermain dengan si kecil.
27. Anda akan merendahkan risiko penyebab No.1
kelahiran pramatang
Penyebab no.1 itu adalah pre-eklampsia, sejenis komplikasi
yang melibatkan tekanan darah tinggi dan protein berlbihan di dalam air
kencing. Kira-kira lima peratus hingga lapan peratus wanita-wanita hamil
menghidapnya dan jumlah tersebut semakin meningkat.
28. Anda berkemungkinan besar dapat mengelakkan
depresi pra-natal
Ini terutamanya benar jika anda bersenam di luar kerana
cahaya yang terang mempunyai kesan anti-depresi. Kira- kira 12 hingga 20
peratus wanita-wanita hamil mengalami depresi yang mana ia dikaitkan dengan
kekurangan tidur dan masalah rumahtangga selepas bersalin.
29. Anda berasa lebih terkawal
Apabila tubuh anda berubah dari setiap segi dan seluruh
hidup anda mengalami perubahan yang besar, satu rutin senaman yang teratur
menawarkan kekonsistenan dan pengetahuan bahawa anda melakukan sesuatu yang
terbaik untuk diri anda dan bayi.
30. Anda nampak lebih elok
Senaman meningkatkan pengaliran darah pada kulit yang mana
ia sekaligus meningkatkan keserian kehamilan. Tambahan itu, apabila anda lebih
tenang dan lebih sihat, keserian tersebut akan lebih menyerlah.
31. Anak-anak anda dapat membesar menjadi
seorang yang lebih bijak
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mana
ibu-ibu mereka bersenam sepanjang kehamilan mempunyai memori yang kebih baik
dengan tambahan skor-skor yang lebih tinggi di dalam ujian-ujian kecerdasan dan
bahasa.
32. Anda mencuba untuk melakukan pelbagai
senaman
Kehamilan selalunya memaksa anda mencuba sesuatu seperti
berenang, berlari, melakukan pilates dan sebagainya.
33. Anda mengaktifkan sistem imun anda
Senaman yang sederhana seperti berjalan, merendahkan risiko
anda mendapat selesema (kepada separuh). Pengkaji-pengkaji percaya bahawa data
tersebut terpakai kepada ibu-ibu yang bersenam juga.
Post a Comment Blogger Disqus