Sekitar Pemeriksaan Kesihatan

Tujuan program ini dianjurkan adalah bagi melahirkan Pengedar Shaklee yang bukan hanya menjual tetapi celik ilmu kesihatan, melahirkan Pengedar Shaklee yang peka dengan masalah kesihatan dan agar kami menjadi duta kesihatan dalam masyarakat...... Program ini dibuat di MyFawa Training Centre bertempat di Shah Alam pada 8 Mac 2015 yang lepas..

Sebelum program ini kami perlu berpuasa dari jam 10 malam untuk melakukan pemeriksaan tahap glukosa & tahap kolestrol dalam badan. Selain itu kami juga perlu melakukan pemeriksaan tekanan darah, berat badan, ketinggian, BMI, Peratus Lemak Dalam Badan & Klasifikasi, Segmental Subcutanepus & Skeletal Muscle, Viseral Fat & Classification, Body Age & Same Age Comparison... Selepas pemeriksaan dan penerangan dilakukan kami dibenarkan untuk berbuka puasa.... Hasil pemeriksaan yang paling menggembirakan adalah body age saya yang baru berusia 20 tahun sedangkan usia ketika ini sudah menjangkau 30an.... hihi... yang lain pun ok cuma saya tak sebut di sini memandangkan saya sedang hamil 5 bulan jadinya ada beberapa keputusan yang tidak boleh digunakan sekarang....   :)

Saya & Suami Sedang di Periksa...  :)

Selepas itu kami didedahkan pula dengan penerangan oleh Pakar Nutrisi Shaklee mengenai "Healthy Circulation & Diabetes"... Banyak ilmu yang diperolehi setelah separuh hari di situ.. Kemudiannya kami didedahkan pula dengan sesi teori mengenai tekanan darah normal, glukosa dan kolestrol level serta BMI yang normal oleh Master Farah.

Disebabkan banyak ujian yang menggunakan Karada Mechine maka kami juga didedahkan dengan tatacara penggunaan mesin ini dengan betul. Program ini selesai kira-kira jam 4.00 petang. Alhamdulillah lepas ini makin mantap ilmu dan kemahiran kami dalam bidang kesihatan.... Bersedia untuk berbakti kepada masyarakat....   :)

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top