Bagaimana nak menentukan jantina bayi tanpa perlu scan? Sebenarnya banyak mitos yang wujud sejak berzaman lagi.. Di sini saya nyatakan kepercayaan yang paling popular dari serata dunia tapi ingat jangan percaya 100% ya....

Cara mengetahui jantina bayi yang paling popular tanpa scan ialah dengan melihat bentuk perut ibu semasa hamil.....


Kemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika....


  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan tajam
  • Perut anda rendah
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing
  • Kulit anda menjadi kering
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat ketika hamil
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat ketika hamil
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah
  • Anda tidur mengiring ke kiri
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau "dada"
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya

Kemungkinan mengandungkan bayi perempuan jika....

  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit
  • Perut anda bulat
  • Perut anda tinggi
  • Muka anda tidak berseri-seri
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri
  • Kulit anda lembut
  • Anda lebih moody daripada biasa
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil
  • Anda tidur mengiring ke kanan
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur
  • Air kencing anda berwarna kuning samar
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "mama"

Semoga bermanfaat buat bakal-bakal ibu di luar sana....   :)

Sumber : BabyCenter






























Post a Comment Blogger Disqus

 
Top