![]() |
Bayi yang dilahirkan bersama kantung air ketuban |
Sejak akhir-akhir ni entry banyak berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran sahaja... Almaklumlah sekarang ni kandungan saya sudah masuk 34 minggu... Jadi gigihlah menambah ilmu dan sangat teruja nak berkongsi dengan anda-anda semua... ;)
Apa Itu Air Ketuban
Air ketuban atau dalam bahasa omputihnya amniotic fluid ini adalah bendalir amnion yang mengelilingi bayi di dalam kandungan merupakan cecair yang berasal dari rembesan kulit bayi dan air kencing bayi. Ianya dihasilkan selepas pembentukan kantung amnion kira-kira 12 hari selepas persenyawaan. Pada awalnya air ketuban ini dihasilkan oleh ibu tetapi selepas kira-kira 20 minggu kebanyakan air ketuban adalah hasil dari air kencing bayi. Air ketuban ini bersifat jernih dan tidak berwarna.
Apa Fungsi Air Ketuban
Air ketuban ini fungsinya untuk melindungi bayi di dalam rahim dan bertindak sebagai medium untuk menahan segala gegaran dan hentakan.. Tanpa air ketuban bayi boleh kelemasan... Selain itu ianya melindungi bayi dari sebarang jangkitan, memberi makan bayi serta membantu perkembangan paru-paru dan pencernaan.. Fungsi air ketuban juga sangat istimewa kerana ianya membantu mengekalkan kehangatan kepada bayi.. Tanpa air ketuban bayi tidak dapat bergerak di dalam rahim sekaligus membantu perkembangan otot dan tulang serta memberi ruang untuk menyimpan tali pusat daripada terhimpit.
Sepanjang kehamilan bayi akan menelan air ketuban dan mengeluarkannya balik dalam bentuk air kencing.. Air ketuban yang ditelan juga membantu perkembangan paru-paru bayi... Oleh itu kekurangan air ketuban akan mendatangkan masalah kepada bayi..
Ok sekian dulu perkongsian saya mengenai air ketuban ini... Semoga bermanfaat... Entry seterusnya saya akan kongsikan tentang punca air ketuban boleh kurang pula... ;)
Post a Comment Blogger Disqus