Sepanjang kehamilan ini setiap kali buat imbasan ultrasound setiap kali tu baby berada dalam kedudukan serong (oblique) di mana kepala baby berada di kedudukan bawah pusat belah kiri... So setiap kali tendangan saya akan merasakan tendangan di bahagian kanan atas... Keadaan ini berlanjutan sehingga ke 33 minggu... Bila dah 33 minggu kedudukan bayi masih belum normal barulah mula rasa risau... hihi... Maka meng google lah Cara Untuk Betulkan Kedudukan Bayi Songsang ini. 

Kedudukan Bayi Dalam Kandungan


Menurut doktor yang melakukan pemeriksaan, ada peluang lagi untuk bayi berpusing sendiri so tidak perlu risau.. Tapi almaklumlah hati ini teringin sangat bersalin normal so saya merasakan perlu untuk berbuat sesuatu. Sebolehnya saya akan mengelak untuk berurut coz tidak berani untuk tanggung apa-apa risiko.. Perkara pertama saya buat adalah bertanya pada seorang Doula bagaimana untuk mengatasinya.. Beliau jawab boleh mula buat teknik inversions sekarang ni.. Bila dengar inversions kepala ni terus dok terbayang Farah Ann buat aksi gimnastik kepala kat atas kaki kat bawah tu.. Gurllppp.... Oooo rupanya boleh buat dengan cara begini :  "Dari sofa or katil sujud ke lantai.  3-5 minutes je sekali buat. Boleh buat 2-3 kali sehari"


Mula-mula buat memang rasa pening... hihi... lepas tu try google cara lain... Cara Untuk Betulkan Kedudukan Bayi Songsang ini boleh dilakukan dengan sujud lama-lama macam kita sujud waktu solat tu.. Kalau boleh tahan selama 10 minit supaya bayi punya cukup masa untuk bergerak ke arah tarikan graviti yang terbentuk ketika kita bersujud itu sekaligus membawa bayi ke kedudukan yang normal..


Selain itu untuk memudahkan rujukan juga ibu-ibu boleh mengaplikasikan teknik Prenatal Yoga ini untuk membetulkan kedudukan bayi yang songsang.. Ianya lebih mudah difahami.. Setelah beberapa kali mencuba teknik-teknik ini saya dapat rasakan tendangan bayi di kedua-dua belah atas kiri dan kanan... Harapnya bayi sudah berada dalam kedudukan yang normal.. Kita tunggu next check up lagi 2 minggu ya... Moga urusan kami dipermudahkan dan bayi telah berpusing ke kedudukan yang normal.. Doakan ya...  ;)




Post a comment Blogger Disqus

 
Top