Sejak kandungan berusia 30 minggu saya kerap mengalami perut mengeras ini.... Kandungan yang sebelum ini juga sama cuma bezanya sekarang saya mampu mengawalnya.. Kalau dulu sampai meleleh air mata menahan sakit.... Jom kita tengok kenapa dan bagaimana mengatasi perut mengeras semasa hamil atau kontraksi braxton hicks ini... ;)
Apakah Kontraksi Braxton Hicks
Kontraksi Braxton Hicks ini terjadi apabila otot-otot rahim mengetat selama kira-kira 30-60 saat dan kadang kala mengambil masa selama 2 minit. Braxton Hicks juga dikenali sebagai "practice contraction" sebagai persediaan untuk ibu-ibu mengalami kontraksi sebenar nanti...
Bagaimana rasanya Kontraksi Braxton Hicks
Buat yang tidak pernah merasainya semasa kontraksi BH ini terjadi perut kita akan menjadi tegang dan keras selama beberapa saat atau minit. Masa tengah BH ini saya selalu suruh anak pegang perut dan kata mereka perut ibu keras macam batu... hihi
Sebab-sebab Kontraksi Braxton Hicks
1. Bayi dalam kandungan bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi
Cara Menangani Kontraksi Braxton Hicks
1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya... Kontraksi Braxton Hicks adalah persediaan sebelum saat kelahiran tiba. Ianya membantu melembutkan serviks dan memudahkan pembukaan rahim semasa proses kelahiran nanti...
Macam saya.. setiap kali perut mengeras saya akan kawal pernafasan saya dengan menarik nafas dalam-dalam dan menghembus dengan perlahan-lahan... jangka waktu tarik nafas itu lebih pendek dari perlepasan nafas. Alhamdulillah ianya boleh dikawal dan saya tidak berasa sakit yang lama ketika kontraksi braxton hicks ini.. ;)
Post a Comment Blogger Disqus