Apa itu urutan perineum


Urutan perineum ini dilakukan untuk meregangkan tisu otot perineum dengan memasukkan jari ke dalam vagina.. Ibu yang kerap melakukannya seawal 34 minggu boleh mengurangkan potensi koyakan vagina sewaktu bersalin.


Cara melakukan urutan perineum






Hendaklah dilakukan selepas mandi iaitu dalam keadaan bersih 1-2 kali sehari. Pastikan tangan dan jari anda bersih sebelum melakukan urutan beserta dengan kuku yang pendek.

  1. Urutan dilakukan dalam keadaan mencangkung. Boleh juga dilakukan dengan menaikkan kaki sebelah jika dilakukan bersandar. Lakukannya dalam keadaan tenang di bilik anda. 
  2. Sapukan minyak kelapa dara atau minyak zaitun pada jari anda dan bahagian perineum bagi melicinkan pergerakan jari di dalam vagina. 
  3. Gunakan 1 atau 2 jari dan masukkan sedalam 1 hinggan 1.5 inci ke dalam vagina. Tekankan jari anda ke bahagian bawah (ke arah dubur) untuk meregangkan perineum. 
  4. Biarkan regangan selama 1-2 minit. Tarik nafas anda semasa melakukan regangan ini. 
  5. Ulangi gerakan beberapa kali dalam gerakan ‘U’ (ke kiri dan ke kanan)


Saya sertakan juga video untuk lebih mudah anda faham..



Pada mulanya anda mungkin akan berasa tidak selesa.. InshaAllah selepas beberapa kali melakukannya anda akn mula selesa. Lakukan secara perlahan-lahan selama 10 minit. Selamat berjaya...  ;)

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top