Hari ni genap 39 minggu dah usia kandungan... hihi... tapi baby belum menunjukkan tanda-tanda nak keluar... so mari kita layan checklist barang ibu dan bayi ini sebelum bersalin di hospital. Jika ibu memilih untuk bersalin di hospital swasta tidak perlu bawa barang yang banyak cukuplah sehelai baju untuk pulang ke rumah nanti, stokin tebal, minyak urut, disposable panties & baju dalam... Jika bimbang tidak tahan sejuk bolehlah bawa baju sejuk juga... Manakala barang bayi pula cukuplah sekadar baju & pampers yang akan dipakai ketika mahu pulang ke rumah nanti kerana kebiasaannya di hospital swasta mereka telah menyediakan segala-galanya untuk bayi..
So kat sini saya kongsikan keperluan jika bersalin di hospital kerajaan ya.... paling penting :
1. IC / Kad Pengenalan
2. Buku Merah
3. Guarantee Letter (GL) bagi penjawat awam
4. Handphone untuk memudahkan komunikasi
SENARAI UNTUK IBU
1. Pakaian untuk pulang ke rumah (1 pasang dah cukup sebab di hospital sudah tersedia baju untuk pesakit)
2. Baju sejuk dan stokin tebal
3. Tuala mandi
4. Baju dalam (4 helai)
5. Disposable Panties
6. Minyak panas
7. Maternity Pad (1 bungkus)
8. Toiletries
9. Charger handphone
10. Set Berpantang Shaklee
Barang untuk kegunaan bayi pula perlu sediakan kepada 2 bahagian iaitu untuk digunakan semasa dalam Labor Room dan di dalam wad. Kebiasaannya jururawat akan minta barang bayi sebelum anda masuk ke Labor Room tersebut.
SENARAI UNTUK BAYI (LABOR ROOM)
1. Baju bayi
2. Sarung tangan dan kaki
3. Kain bedung
4. Diapers
SENARAI UNTUK BAYI (DALAM WAD)
1. Baju bayi (4 helai siang, 4 helai malam)
2. Barut (5 helai)
3. Bedung/selimut bayi
4. Topi untuk melindungi kepala dan telinga bayi
5. Sarung tangan & kaki (5 pasang)
6. Diapers (bawa lebih sekurang-kurangnya 20pcs)
7. Tisu basah
8. Tuala kecil
9. Toiletries termasuk minyak telon/baby oil/krim serbaguna Herbal Blend dll
10. Bantal bayi
Alhamdulillah barang-barang telah saya pack pada minggu ke-33 yang lalu... Sekarang sangat tak sabar nak tunggu baby keluar.... Doakan selamat semuanya dan dipermudahkan ya... ;)
Post a Comment Blogger Disqus