Alhamdulillah tamat sudah tempoh berpantang 44 hari…
Sebenarnya banyak kali dah nak tulis pengalaman bersalin ni tapi setiap kali
nak tulis setiap kali tu tak sanggup nak teruskan coz inilah pengalaman paling
adventure dibandingkan dengan kelahiran anak-anak saya yang lain… Kisahnya bermula pada usia kandungan 40
minggu 5 hari..
Selasa (4 Ogos)
Subuh tu bangun macam biasa walaupun dah berminggu-minggu
tidur tidak nyenyak disebabkan kontraksi Braxton hicks yang kerap. Masa kat toilet
tengok-tengok ada lendir bercampur darah yang keluar. Akhirnya
keluar juga mucus plug iaitu salah satu tanda kelahiran sudah semakin hampir.
Masa tu terasa kontraksi setiap 20 minit dan ianya tidak lebih kuat sedikit jika dibandingkan dgn
kontaksi Braxton hicks selama berminggu-minggu tu.. Saya buat kerja rumah macam biasa mengemas,
menyapu, basuh baju, basuh pinggan dan sebagainya. Suami ambil EL dan hari
itu dan kami berjalan-jalan di shopping
Complex. Bila kontraksi datang saya berhenti seketika. Pada sebelah petangnya
kontraksi semakin kuat setiap 15 minit… Malam itu saya menahan sakit kontraksi
ditemani oleh suami. Disebabkan sakit yang makin kuat saya beritahu suami subuh
esok kita terus ke hospital.
![]() |
Berjalan-jalan di Shopping Complex |
Rabu (5 Ogos)
Keesokan harinya… sakit kontraksi makin lama makin hilang…
Pelik juga semalam beria-ia sakitnya sampai tertonggeng-tonggeng di buatnya.
Saya pun bertanya pada CBE saya… mengikut beliau saya masih dalam fasa early
labor dan previous scar yang ada pada saya memang akan menyebabkan early labor
yang agak lama. Sebelah malam pula sakit yang kuat adalah disebabkan oleh hormon yang
tinggi pada waktu malam. Maka hari itu saya dan suami sambung lagi ukur jalan
di shopping complex supaya lebih mempercepatkan pembukaan.. Sewaktu di shopping complex sakit kontraksi
kembali lagi setiap 15 minit.
Sebelah petang kami pulang ke rumah semula dan saya rasakan
sakit kontraksi yang lebih kuat dari semalam. Malam tu kami hantar anak-anak ke
rumah mak saya kerana risau jika ada apa-apa malam itu. Sebelah malamnya sakit
kontraksi semakin kuat sehingga saya terpaksa memeluk suami setiap kali sakit
datang bersama-sama tangisan kesakitan… Allahuakbar tak tergambar
sakitnya.. Suami pun tak tidur malam
itu. Malam itu jam 3 pagi suami mengajak saya ke hospital.
Kisah hospital ni panjang ceritanya dipendekkan cerita kami
kena bergerak dari Melaka ke sebuah hospital di Cheras. Sepanjang perjalanan
suami bawa kereta perlahan sahaja kerana kami perlu ke hospital apabila sakit
kuat 2kali setiap 10 minit tetapi waktu itu kontaksi setiap 15 minit so belum
lagi 2kali setiap 10 minit. Sebabnya… yang ni pun ada kisah disebaliknya yang
akan saya ceritakan kemudian..
Khamis (6 Ogos)
Subuh tu kami berhenti untuk solat & saya dapat rasakan
kontraksi yang makin perlahan.. Sudah…
dia buat semula… kontraksi semakin perlahan & tidak kerap seperti sebelah
malam. Kami ambil keputusan untuk check in di hotel yang berhampiran hospital
dulu.. memang dekat sangat-sangat 5 minit dah boleh sampai. Sekali lagi
kontraksi semakin perlahan. Sebelah siangnya kami pulun berjalan-jalan lagi di
shopping complex yang berhampiran. Masa ni nak makan pun dah tak lalu coz rasa
penat sangat-sangat. Mujur ada bawa lebih kurma itulah yang jadi santapan saya.
Petang tu balik ke hotel semula dan saya sambung turun naik tangga hotel setiap
setengah jam. Kontraksi juga semakin kuat setiap 15minit dan lebih kuat dari
malam-malam yang sebelumnya. Jam 3 pagi masa tu kontaksi sakit sangat-sangat sehingga
saya terus menonggeng menahan kesakitan (memang kerap menonggeng pun tahan kontraksi).. tuptup rasa kehangatan air ketuban
yang pecah… banyak sungguh air yang keluar. Yang buat saya risau apabila
melihat air ketuban tidak jernih dan berwarna kuning kehijauan… Itu tandanya
baby dah berak… Hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat.
![]() |
Sebelah siang sewaktu di hotel semasa kontraksi tidak kuat |
Jumaat (7 Ogos)
Selepas air ketuban pecah kami terus bergegas ke hospital dengan sakit kontraksi yang
semakin kuat iaitu setiap 3 minit. Sampai di hospital jururawat yang bertugas
check bukaan baru 1 cm… Aduh punya lah lama sakit bukaan baru 1cm… Suami keep
on bagi kata-kata semangat untuk saya terus bertahan.. Sepanjang di hospital
saya telan vitamin C Shaklee setiap setengah jam untuk mengelakkan jangkitan
kerana baby dah berak di dalam perut. Kami mohon izin untuk terus
berjalan-jalan di dalam labor room bagi mempercepatkan pembukaan.
Jam 7 pagi doktor datang.. check bukaan katanya dalam
3-4cm.. Doktor tanya kami samaada ingin bertahan lagi atau czer kerana dia
bimbang rahim saya tidak terbuka seperti kandungan yang lepas. Setelah berbincang dgn suami saya tetap dgn
keputusan ingin bertahan dan cuba bersalin secara normal. Doktor bagi peluang
sehingga jam 12 tengahari & sekiranya progress bukaan tidak ok maka dia terpaksa
lakukan pembedahan kerana risiko baby dalam perut termakan tahinya sendiri.
Sementara menanti jam 12 tengahari saya keep on berjalan-jalan di dalam labor
room… CTG untuk check jantung baby juga dibuat setiap 1jam untuk memastikan
denyutan jantung baby ok…
Jam 12 tengahari doktor datang semula.. melihatkan saya
masih lagi bersemangat ingin bersalin normal, beliau kata saya bagi peluang
sehingga jam 2 petang.. hopefully bukaan dah 6cm ataupun awak dah selamat
bersalin time tu jika tidak pembedahan terpaksa dibuat..
Jam 3 petang doktor datang dan check bukaan masih sama 3-4cm
juga… Ya Allah punyalah sakit tak tertahan tetapi rahim masih juga tidak
terbuka… Doktor kata tiada pilihan lain coz jika tunggu pun tetapi rahim tidak
terbuka so tiada gunanya & disebabkan baby yang dah berak kita pun tidak
mahu sesuatu terjadi nanti. Katanya juga tiada doktor lain yang akan benarkan
ibu bertahan sehingga 12 jam jika baby telah berak di dalam perut.
Ya Allah… kami redha waktu itu… Doktor terus memasang jarum
di tangan. Yg bestnya sepanjang sakit saya bebas bergerak tanpa rasa tidak
selesa kerana tiada jarum yang dipasang di tangan. Sempat lagi saya minta
doktor boleh tak masukkan tiub kencing itu selepas dibius. Doktor kata memang
dia tak pernah masukkan tiub kencing itu sebelum pesakit dibius… Fuh lega
dengar coz boleh tahan pedihnya sewaktu tiub kencing dimasukkan.
Sakit kontraksi semakin kuat dan saya juga semakin
kehilangan tenaga kerana sudah tidak dibenarkan makan dari jam 9 pagi.. Hari yang sebelumya pun tidak lalu makan masa tu. Sepanjang ditolak ke bilik pembedahan suami akan meminta diberhentikan tolakan
dan memeluk saya seeratnya jika ada kontraksi. Bab ni sangat touching... Akhirnya jam 3.53 petang baby
selamat dikeluarkan secara pembedahan & saya ditolak ke dalam bilik wad.
Alhamdulillah kedua-dua kami sihat dan selamat. Selepas dibenarkan makan saya
terus telan vitamin-vitamin Shaklee. Ianya memang membantu saya kembali cergas
semula.
Baby berada dalam nursery dan hanya dibawa kepada saya untuk
disusukan. Jururawat di nursery kata baby awak yg paling comel sekali kat
sini.. haha… ada 2 baby je pun dalam tu… Masa saya kat labor room pun saya lah
satu-satunya pesakit di situ.. Dah tengahari tu baru ade seorang ibu lain yang
masuk.. So anak saya dan ibu tersebut je lah dalam tu.. Secara personal memang
selesa bersalin di sini coz tidak ramai pesakit tapi bilnya… hehe… boleh
tahanlah… Keesokan harinya kami dibenarkan pulang.. Nurse hantar saya sampai ke
luar.. ha.. punyalah baik servisnya..
Sepanjang menulis entry ini air mata saya meleleh-leleh
mengenang kembali saat bertarung nyawa itu… Perjuangan untuk melahirkan secara
normal tidak berjaya walaupun macam-macam usaha yang telah saya buat sepanjang
preggy bagi memastikan kelahiran kali ini adalah secara normal.
Walaubagaimanapun saya bersyukur dan bahagia kerana kasih sayang diantara saya
dan suami semakin erat selepas itu selepas beliau menyaksikan sendiri betapa
saya bertarung nyawa menahan kesakitan untuk melahirkan anak beliau ini….
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah kini kami sudah ada 3 orang
puteri penyeri hidup kami…
![]() |
Baby Faiha Ufairah selepas lahir |
Baru baca entry ni.. terharu baca.. teringat pengalaman sndiri jgk����
ReplyDeleteAssalamualaikum, boleh share total bil? kalau tak keberatan.
ReplyDeleteterima kasih.