Bersalin secara pembedahan lebih-lebih lagi bila ini adalah kelahiran ke-3 pastinya memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding bersalin secara normal. Oleh itu hari ini saya nak kongsikan tentang Set Berpantang Luaran yang saya guna sepanjang tempoh berpantang ini. Set dalaman pula tentulah Set Berpantang & Penyusuan Shaklee yang telah saya kongsikan pada entry lepas.

Setiap hari saya akan berurut dengan Minyak Herbanika NR ini... Rasa hangat minyak ini yang lama beserta bau ala-ala serai memang menyamankan dan melegakan. Dalam tempoh 2 minggu habis sudah minyak ini. Terasa pula nak try minyak brand lain.. hihi.. almaklum tempoh berpantang yang panjang jadi kita gunakan peluang ini dengan berurut sepuasnya.

Minyak Herbanika NR

Selepas kehabisan minyak herbanika NR ini suami belikan minyak Herba Tanamera ini.. Baunya lebih kurang sama macam minyak herbanika NR cuma lebih lembut & kurang hangat jika dibandingkan dengan minyak NR. Minyak tanamera ini pun sudah hampir kehabisan setelah 2 minggu penggunaan... Tunggu next minyak ya...  ;)


Minyak Herba Tanamera

Bagi saya pemakaian pilis adalah sangat penting untuk mengelakkan sakit kepala semasa atau selepas berpantang. Saya memilih pilis Grandma Secret ini kerana agak mudah untuk dipakai kerana didatangkan dalam bentuk losyen. Kalau dulu saya pakai pilis yang dibuat sendiri oleh nenek saya dan memang sangat-sangat berkesan untuk mengelakkan sakit kepala.  Cuma kali ini tiada pilis dari nenek.. hehe...


Losyen Pilis Grandma Secret

Dari segi bengkung pula... saya pilih bengkung lilit jawa ini.. Memang sejak dulu saya menggunakannya kerana bagi saya memang cepat sangat kempis perut dengan bengkung jawa tu compare bengkung lain yang pernah saya beli. Berpantang kali ini saya start berbengkung pada minggu ke-3 agak lambat sikit jika dibandingkan berpantang yang lepas 2 minggu saya sudah pakai bengkung jawa ini.

Bengkung Lilit Jawa

Disebabkan agak susah untuk melilit sendiri jika saya sudah pulang ke rumah nanti maka saya beli 1 bengkung baru khas untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan. Lebih mudah untuk pakai dan ianya tidak panas dan gatal seperti bengkung-bengkung moden lain yang berada di pasaran. Cuma bagi saya bengkung lilit jawa juga adalah yang terbaik dan cepat mengempiskan perut jika diikat dengan ketat dan betul. Bawah ini gambar bengkung moden khas untuk yang bersalin secara pembedahan. Seawal 6 jam selepas pembedahan dah boleh pakai bengkung ini..


Bengkung Moden

Sebelum pemakaian bengkung saya sapu dulu dengan Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot ini.. Berpantang yang lepas saya lumurkan dengan kapur dan limau nipis dulu.. Memang cepat mengecut perut tu.. hihi.... Lepas habis losyen mustajab ni nak pakai kapur dan limau nipis semula..

Losyen Mustajab Pati Halia

Akhir sekali untuk luaran saya manjakan diri dengan air mandian herba Seri Dewi Malam ini.. Kuat juga bau herbanya. 1 peket tu boleh digunakan 2 kali..

Mandian Herba SDM

Setakat ini Set Berpantang Luaran yang saya gunakan. Semoga dapat membantu sedikit sebanyak ibu-ibu yang sedang mencari-cari Set Berpantang yang sesuai...  Tak sabar nak menghabiskan tempoh berpantang ini...   ;)

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top