Assalamualaikum & hai...

Lama sudah tidak update resepi di blog... hihi... Hari ini saya nak share resepi Tiramisu Sedap Ala Italy... Ni semua gara-gara dok makan Tiramisu sedap di rumah seorang rakan di Italy baru-baru ni... Saya bagi gambar hasilnya dulu.. hihi.. yang dah dipotong tak sempat nak snap.. Anak saya suka sangat & makan bertambah-tambah...  ;)


Sempena besday mama saya hari ini 5 December so terus terfikir... alang-alang memang dah teringin makan tiramisu ni better buat terus kan untuk besday mama... Tambahan pula anak-anak saya ni memang suka bila bab-bab buat kek ni.. Banyak pekerjaan diorang kat dapur nanti.. haha...  Ok tak mahu berceloteh panjang... jom layan resepi...


Bahan-Bahan

1) Biskut Tiramisu (kalau tiada boleh digantikan dgn kek span)
2) Krim Cheese Mascarpone 500gm
3) Serbuk kopi/nescafe
4) Serbuk Koko
5) Gula Perang (Gula Pasir pun boleh)


Ni bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan ni semua saya beli di kedai barangan kek so memang mudahlah nak dapat..  Cuma harga a bit mahal coz barang import dari Italy.. Yang biskut tu beli 1 pun cukup coz boleh buat 2-3x tiramisu 1 bungkus tu... Konon-konon beli 2 takut tak cukup... Kawan kat Italy cakap murah je bahan-bahan ni kat sana.. No wonder la nape tiramisu ni mahal kat sini kan... :)





1) Mula-mula campurkan 4 kuning telur dan 5 sudu gula.. Saya guna gula perang sebab rasanya yang lagi sedap. Nak guna gula putih pun boleh.. Kacau sehingga kembang..

2) Selepas kembang masukkan cheese Mascarpone & kacau lebih kurang 2-3 minit

3) Susun biskut tiramisu dalam dulang.. kalau nak cantik boleh letak dalam cawan kecil-kecil juga. Jika tiada biskut ni boleh guna kek span.. Bahagikan kek span kepada 3 bahagian supaya tidak terlalu tebal.

4) Selepas dah susun biskut tu.. tuang air kopi/nescafe tanpa gula kat atas biskut tu... 

5) Sapu bahan-bahan yang dikacau (step1 & 2) ke atas biskut-biskut tu... kalau nak buat banyak lapis boleh ulang semula step 4 & 5

6) Dah siap masukkan dalam peti sejuk.. Tabur serbuk koko guna tapis bila dah ready nak makan nanti


Sekian... mudahkan.. Anak-anak saya pun hepi buat tiramisu ni... Hat yang huruf2 atas tiramisu tu saya guna plastik je gunting2 ikut huruf & letak atas kek sebelum tabur serbuk koko...

Selamat Mencuba...






Post a Comment Blogger Disqus

 
Top