Antara Falsafah Dr. Forrest C. Shaklee adalah "FOLLOW THE LAWS OF NATURE AND YOU'LL NEVER GO WRONG. "
Kalau dalam bahasa Melayunya "IKUT UNDANG-UNDANG ALAM DAN AWAK TAKKAN TERSALAH"
Kesemua yang wujud kat alam ini ada peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
Jika kita ikut peraturan yang dah ditetapkan kita tidak akan tersilap langkah.
Sama macam kita tanam tanaman untuk dijadikan makanan. Kita sepatutnya tanam ikut lumrah alam. Tabur biji benih kat tanah. Kemudian siram dan biarkan dia tumbuh. Selepas tumbuh kita kena jaga tanaman itu siram dan bagi baja. Kemudian tunggu sehingga ia betul-betul matang dan sedia untuk dituai.
Bukan modified dan tambah macam-macam untuk bagi dia tumbuh cepat seperti kebanyakan tanaman sekarang ini.
Contoh buah tembikai yang telah diubahsuai secara genetik. Buah akan menjadi matang dengan cepat. Akibatnya buah menjadi kurang nutrisi dan boleh memudaratkan kesihatan. Tengok sahaja biji buah tembikai sekerang ni. Masih putih tetapi buah telah membesar dengan jayanya.
Sama juga dengan ayam. Sepatutnya kita ikut peraturan alam. Anak ayam dibiarkan membesar dengan sendirinya sehingga betul-betul matang untuk dimakan.
Apa jadi sekarang? Tak sampai sebulan ayam dah membesar dan telah sedia untuk dijual.
Sebab itulah sana sini penyakit berleluasa termasuk sakit kanser.
Di Shaklee mereka memastikan peraturan alam ini dipatuhi. Tanaman dah bahan mentah yang digunakan tidak sesekali diubahsuai secara genetik dan ianya tumbuh secara alami tanpa sebarang bahan kimia tambahan juga.
Kerana mereka sentiasa percaya bila semua orang follow Laws of Nature kita tidak akan tersilap pilih langkah.
Post a Comment Blogger Disqus